Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar dekat seminggu tak update blog rupanya.Ada sedikit kesibukan yang telah saya tempuhi menyebabkan blog ini sedikit terabai dan ditambah pula dengan kesibukan menyiapkan single ke 6 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.Nantikan ya.Oh ya sebelum saya hampir terlupa sesiapa yang masih belum mengundi lagi pilihan lagu sayugia yang anda paling anda suka sila berbuat demikian di sini.Ok sekarang mari kita sambung entri mengenai pemahaman asas struktur lagu di bahagian yang ke 4.Bagi anda yang ketinggalan sila baca dahulu part 1, part 2 dan part 3.

Ok dalam penerangan lepas telah diterangkan 3 elemen asas yang ada pada sesuatu  lagu iaitu verse, prechorus dan juga chorus.Pada kali ini akan diterangkan elemen asas yang terakhir iaitu bridge. Dengan bahasa melayu yang mudah difahami ia membawa maksud jambatan, jambatan sesuatu lagu, atau penghubung antara  elemen asas lagu.

Bridge dalam lagu berfungsi  sebagai suatu persinggahan atau departure dari keseluruhan lagu.Apa yang saya boleh katakan melodi bridge akan membuatkan kita lupa seketika dari penghayatan chorus dan membawa sesuatu lagu itu ke tahap yang seterusnya.Seperti yang saya sudah nyatakan pada entri lepas chorus adalah elemen paling terpenting dalam sesuatu lagu.Contohnya anda tengah dok syok layan habis menghayati korus sekali tengok melodi bertukar dan mematikan mood korus dan membawa anda kembali ke melodi chorus.Lazimnya kedudukan bridge terletak pada tempat seperti di bawah

(Verse-Prechorus-Chorus-Verse-Prechorus-Chorus-Bridge-Chorus)

Dan selalunya kalau anda perasan bridge terletak di antara korus kedua dan korus ketiga merujuk kepada beberapa lagu popular (akan diterangkan kemudian).Kedudukan empat elemen asas ini di dalam struktur lagu sebenarnya bersifat dinamik.Boleh berubah-berubah mengikut selera komposer.Ianya selalu merangkumi 2 atau 4 baris lirik yang diterjemahkan kepada 4 atau 8 bar muzik.Bridge boleh juga dipersembahkan dalam bentuk instrumental.Anda mungkin blur dan tidak paham elemen bridge.Saya akan terangkan dengan lebih lanjut beserta dengan contoh di part yang seterusnya.

Akan bersambung…nantikan!

Facebook comments: