Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tidak terlambat lagi rasanya kalau saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin di kala syawal masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Sudah lama saya tak kembali ke arena penciptaan lagu dek kerana cuti bulan puasa dan juga raya.So sekarang tiba masanya untuk come back setelah bercuti lama dari berkarya.Beberapa raw material baru sudah siap.Cuma tinggal untuk meneruskan secondary proses seterusnya.Nantikan yaa karya terbaru dari sayugia!

Ok sekarang berbalik kepada tajuk asal entri.Tajuk entri yang saya terbitkan ini adalah berturutan sirinya.Anda boleh baca part 1 dekat sini dan part 2 pula kat sini.Ok mari kita baca kesinambungan seterusnya dengan part 3.Pada perkongsian lepas sudah saya ceritakan elemen asas yang ada pada sesuatu lagu iaitu verse,pre-chorus, chorus dan juga bridge.Ok kali ni kita akan lihat apakah itu elemen chorus.Pendapat peribadi saya, lagu itu sangat best, sangat umpph, sangat mantop, sangat A balong, sangat sempoi dan macam-macam sangat lagi kalau chorusnya sedap didengar.Kalau first time saya dengar sesebuah lagu baru, saya akan dengar sampai part chorus.Kalau ia mampu membuat jiwa saya “sing along”, maka lagu itu best dan saya akan dengar sampai abis.

Secara melodicallynya, korus/chorus adalah sangat catchy, dan bahagian lagu yang berulang-ulang yang anda semua nak rasa nyanyikan bersama (sing a long with).Dari segi liriknya pula, tugas korus adalah untuk menyimpulkan segala idea dan emosi lagu in general way.Lirik korus dibina supaya ianya ‘sound natural’ untuk direpeat dan diikuti dengan verse kemudiannya.Chorus mestilah mudah diingati dan biasanya mempunyai 4 atau 8 baris panjang yang menterjemahkan kepada 8,12 atau 16 bar muzik (merujuk kepada lagu-lagu standard di radio mainstream).Apa-apa pun chorus bersifat dinamik, ianya bukan bersifat teori sains.Sesetengah lagu chorusnya men ikut dan ja panjang baris dan bar muziknya asalnya sedap dan catchy macam lagu-lagu ciptaan pakcik cobain (nirvana), dan band-band bawah tanah lain.

Selalunya setiap chorus mempunyai melodi dan lirik yang sama kerana ianya secara tidak langsung akan membantu pendengar mengingat dan sing a long with. Selalunya sesuatu lagu yang kita suka mesti kita akan ingat part chorusnya dulu ye tak?? Ok cam biasa mari kita tengok contoh

SayugiaKau Tetap Di Hati

Chorus

Ku ingin selalu bersama ibu

Tapi itu hanya mimpi, mimpi yang indah sekali

Kenangan itu menjadi saksi

Bahawa kau tetap di hati, hingga ke akhir hayat ku ini.

SILA KLIK PLAY DEKAT PLAYER MP3 SEBELAH KANAN BLOG INI UNTUK MENDENGAR

cam biasa anda mungkin tidak familliar dengan lagu ciptaan saya, meh kita tengok contoh lain yang popular

EllaStanding In The Eyes Of The World

(Wah Idris & David Gates/Habsah Hassan)

Chorus

Kini standing in the eyes of the world

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara di jiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar standing in the eyes of the world

Ok mari kita tengok apa kata komposer ternama mengenai struktur chorus.Maaf saya tak jumpa kata-kata dari komposer tempatan yang memperkatakan khusus tentang chorus.Maybe ada saya tak jumpa.Kalau anda jumpa,sila post kat sini.

TOBY KEITH (BMI Country Songwriter of the Year, CMA and ACM Male Vocalist of the Year)

toby_keith

“The chorus to me is the gist of the song that’s where the idea is delivered.I make sure the chorus is as good as it can be.If I don’t get the chorus right, it’s no use in me writting the song.”

Lenny Kravitz

lenny-kravitz

“A lot of people pretty much only listen to the chorus.”

Kurt Cobain

kurt-cobain

“By definition pop is extremely catchy, whether you like it or not,” Cobain says. “There are some pop songs I hate but I can’t get them out of my head. Our songs also have the standard pop format: Verse, chorus, verse, chorus, solo, bad solo. All in all, I think we sound like The Knack and the Bay City Rollers being molested by Black Flag and Black Sabbath.”

Aiman Najmy

aimannajmy men gitar

Dengan loghat yang sangat pekat, ” Betoi baq ang nak mai ceghita kat ampa, bukan nak kata laa nindia chorus ni kalo ampa dengaq sekali teruih sedap maqna kata lagu tuh sempoi, berelung reka banyak mana lagu pun kalo baloq liat merelop saja tak pikiaq buat bagi sedap korus tak bejenih gak jadi, ang nau wak, sapa-sapa pun jangan dok kelolo saja reka”

HOHO KOMPOSER DARI KEDAH NI TAK TERKENAI PUN..HEHE SAJA JA NAK BUAT LAWAK~ NANTIKAN PART YANG SETERUSNYA

Facebook comments: