Salam semua.Ok sekarang mari kita sambung part 2 dalam memahami asas mengenai struktur lagu.Kepada yang mungkin kurang jelas anda boleh baca part 1 kat sini.Pada bahagian lepas telah diterangkan komponen-komponen asas sesuatu lagu yang mana ianya melibatkan 4 elemen iaitu verse, pre chorus, choruses dan juga bridge.Elemen verse telah diterangkan di part 1.Mari kita lihat pula elemen kedua iaitu Pre-Chorus. Ok mari kita kaji apakah prechorus sesuatu lagu.

Pre-chorus selalunya merujuk kepada anak tangga sesuatu note lagu atau berkadar langsung dengan kelantangan vokal atau bahasa ‘orang muzik’ merujuk kepada ‘climb’, ‘lift‘ atau ‘channel’.Walau bagaimana pun pre chorus selalunya bersifat optional.Ada lagu yang memerlukan pre-chorus dan ada lagu sebaliknya.Kalau anda dengar sesuatu lagu yang mempunyai verse yang berturutan dengan pre-chorus, maka kesemuanya versenya mesti di ikuti dengan prechorus.

Anda dapati bahawa prechorus mempunyai melodi dan rhythm yang berbeza dari elemen-elemen lain (verse,chorus dan bridge) dalam sesuatu lagu.Dan selalu ianya diterjemahkan dalam 4 bar atau 8 bar panjangnya dalam nota muzik.Selain itu terdapat kesamaan lirik di setiap prechorus atau lirik yang berbeza bergantung kepada corak penyampaian plot sesuatu lirik.

p/s : Elemen prechorus selalunya tidak menjadi kemestian dalam sesuatu lagu.Ianya hanya menjadi nadi penyambung antara verse dan chorus yang mana ianya mencetuskan nota klimaks sebelum chorus.Akan diterangkan selanjutnya nanti.

Seperti biasa mari kita lihat contoh:

SayugiaBertemu Lagi

Pre-chorus

Kekusutan jiwaku ini

melanda sanubari ku

yang merintih

(nak dengar sila klik player mp3 kat sebelah kanan blog ni)

Ok mungkin anda tidak biasa mendengar lagu ciptaan saya, mari kita tengok lagu yang popular

Wings – Sejati

Pre-chorus

Usia perangkap kita

remaja kita tinggalkan

Namun aku masih

menggenggam janji

Ya diharapkan anda dapat membezakan pre-chorus dengan elemen-elemen lain yang wujud dalam sesebuah lagu.Ok penerangan lanjut akan diterangkan dalam part 3.Tungguuu…!!

aiman najmy

Facebook comments: