time_signature_bar_measure

Salam semua.Saya telah membuat kategori baru dalam blog ini iaitu wacana komposer.Ok di dalam kategori ini saya akan berkongsi segalanya berkaitan dengan dunia penciptaan lagu dan segalanya berkaitan dengan asas-asas meng’compose’ dan menyiapkan sesuatu lagu.Untuk blogpost pertama kategori kali ini saya akan menceritakan asas-asas struktur lagu yang sememangnya tidak boleh dinafikan dalam sesebuah lagu.

Kalo kita dengar di corong-corong radio lagu yang catchy ataupun ada ‘hook’ atau pun hits ataupun radio friendly atau apa sahaja yang anda boleh gelarkan yang nak menunjukkan lagu itu sedap di telinga anda mempunyai struktur nya yang tersendiri.Apakah struktur2 tersebut yang mampu menawan kalbu jiwa anda huhu.Ok mari kita lihat asasnya.Setiap lagu merangkumi 4 jenis elemen yang setiap satu nya mempunyai fungsinya yang tesendiri.Kesemua lagu-lagu dalam dunia ni merangkumi 4 elemen yang digabungkan mengikut citarasa dan kekreativitian sesuatu komposer iaitu :

  • Verses
  • Prechorus
  • Chorus
  • Bridge

Verse

Apa fungsi verse? Atau pun dalam BMnya ialah rangkap.Verse membayangkan gambaran maklumat mengenai tajuk lagu dan juga verse ialah di mana pendengar dipekenalkan dengan gambaran awal sesebuah cerita yang ada pada lagu bedasarkan lirik.Di sini terletaknya emotional tone yang mana terkandungnya plot,details dan juga action sesebuah lagu yang ingin disampaikan mesejnya kepada para pendengar.

Anda dapati juga setiap verse akan mempunyai melodi yang sama dan setiap verse dipebaharui dengan lirik yang baru tetap melodinya tetap sama.Line pertama sesuatu verse selalunya mengandungi bilangan syllables (suku kata) yang sama dengan line kedua (dan kadang2 hingga ke line ketiga bergantung kepada sesuatu melodi).Ini adalah kerana sangat mustahil untuk menyanyikan melodi sesuatu verse apabila syllables setiap line verse berbeza bilangan syllablesnya walaupun adanya sedikit ruang untuk variasikan sesuatu syllables itu.Anda pening? mari kita lihat contohnya

Ok saya akan beri contoh lagu ciptaan saya dulu

Lagu : Kau Tetap Di Hati

Verse 1

Ku teringat waktu dulu———————–> Line 1

Ketika ku bersama mu————————> Line 2

Oh indahnya dunia ku

(nak dengar lagu ini? sila klik dekat player mp3 di sebelah kanan anda atau ke sini)

Maybe anda tak dapat gambaran ok let’s say amik contoh lagu popular

Lagu : Isabella (nyanyian Amy Search)

Verse 1

Isabella adalah—————————>Line 1

Kisah cinta dua dunia——————->Line 2

Ok perhatikan setiap line memberikan jumlah syllables yang sama dan kalo ada beza pun just satu atau dua.Selalunya verse mempunyai panjang 4 baris atau pun 8 baris yang menterjemahkannya kepada 8 atau 16 musical bar.Bapa panjang selalunya musical bar ini? Ianya bergantung kepada tempo dan time signature sesuatu lagu.Saya takkan becerita dengan lebih lanjut.Penerangan setakat ini hanya sebagai asas dan guidelines untuk beginner.Ok nantikan penerangan asas seterusnya

aiman najmy

Facebook comments: