Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Semalam saya ada mendapat emel dari saudara rayza shah mengenai persoalan hak cipta.Soalan yang sangat bagus dari beliau kerana sebelum ini saya tak pernah membicarakan hal ini di blog saya.So di bawah ini adalah jawapan yang saya berikan setakat mana dan semampu mana yang saya tahu sahaja.

Salam saudara aiman, saya sebebarnya ada beberapa soalan tentang penciptaan lagu ni:

1)Saya ingin memasarkan lagu melalui internet,means secara freelance la. Bagaimana saya nak buat ‘hak cipta’ terhadap lagu saya tu?

2)Buat ‘hak cipta’ setelah lagu disiapkan atau sebelum disiapkan?

3)Dimana nak buat ‘hak cipta’ tu dan kene bayar berapa?

4)Then bagaimana kite nak marketkan lagu melalui internet?Then bagaimana kite boleh dapat keuntungan daripada situ?

Akhir sekali, maybe ni je kot soalan sy setakat ni tapi saya harap ade info2 baru daripada saudara.Sebabnya, sy begitu serius nak menceburi bidang ini.Terima kasih.

Ingin Tahu,
Rayza shah

Salam saudara rayza shah.
Pertamanya sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.Keduanya saya akan cuba menjawab soalan rayza setakat mana yang saya tahu saja.Saya akan rangkumkan pertanyaan soalan 1, 2 dan 3 kepada satu jawapan.Mengenai hak cipta setakat yang saya tahu lagu itu mesti diterbitkan means that ada company berdaftar yang menerbitkan lagu itu.Maka bolehlah lagu itu memohon hak cipta kepada MACP. Saya sendiri sebagai freelance belum pernah lagi mendapatkan hak cipta karya-karya saya.Mungkin sebab segalanya saya lakukan sendiri daripada raw material sampailah siapnya satu lagu itu.

Ya saya akui bila memikirkan soal hak cipta ini ianya tidak dapat dielakkan lagu kita itu akan diplagiat.Sebagai seorang komposer amatur saya berpendapat proses ‘test market’ dan penjenamaan itu perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai perihal hak cipta ini.Sebagai pesediaan, tarikh raw material disiapkan dan juga tarikh full lagu itu mula direleasekan di internet perlu dicatat dan mungkin boleh dijadikan asas untuk mempertahankan keaslian karya saya.Isu hak cipta ini kadang-kadang tak berkesudahan.Artis-artis luar sana pun seperti kes Avril Lavigne dulu apabila dia dituduh telah melanggar hak cipta kerana lagunya ada sedikit persamaan dengan artis lain.So perihal penciptaan muzik ini pusing situ pusing sini, pi mai pi mai tang tu jugak.Yang menjadi masalah apabila karya kita 100% ditiru bulat-bulat melodinya.

So bagi saya belum tiba masanya bagi saya untuk berdaftar karya-karya saya.Saya masih dalam proses membina ‘jenama’ dan juga proses belajar mengenai selok belok penciptaan lagu.Bagi saya penjenamaan tu sangat penting.Bagi saya tak guna kalo berusaha mohon hak cipta tapi pada hakikatnya karya saya itu hanya dipandang sepi dan saya hanya syok sendiri.Terpulang kepada Rayza, kalo inginkan hak cipta untuk karya sendiri, just terbitkan pastu mohon.Dari segi bayaran apa semuanya eloklah berhubung dengan pihak MACP.

Mengenai soalan ke 4 iaitu berkaitan dengan marketing lagu.Banyak caranya sekarang.Paling mudah melalui Facebook.Bina satu fan page dan mintak le kawan-kawan suggestkan kepada kawan-kawan yang lain untuk mengklik button “like”.Tak pun melalui profile anda sendiri.Sekarang ni facebook sangat popular dengan fungsi ‘tag’.So setiap kali anda terbitkan karya baru tagkan kesemua rakan anda (maksimum FB benarkan 50 org je) Bayangkan seorang kawan anda ada 500 friend, maka 500 friend berpotensi melihat apa yang anda tag kepada kawan anda itu. So anda tag 50 org kawan pastu 50 x 500 bersamaan dengan 25000.Tolak mutual friend, tolak sistem ralat FB maka 10000 orang berpotensi melihat karya anda itu.

Selain itu melalui forum, anda menjadi ahli forum maka rajinkanlah post karya anda kat forum tu untuk tatapan ahli-ahli forum lain.Bercakap mengenai keuntungan anda boleh bina blog dan letak karya anda kat situ.Promosikan blog anda (melalui forum, twitter, facebook, YM, google talk) Di blog anda letaklah iklan seperti nuffnang misalnya.So setiap kali pelawat berkunjung ke blog anda maka mereka berpotensi untuk melawat iklan-iklan anda maka anda akan dapat keuntungan darinya.Makin banyak pelawat yang suka dengan karya anda dan singgah blog anda maka makin banyaklah potensi untuk anda jana keuntungan.Banyak lagi jenis pengiklanan yang boleh dipaparkan di blog anda samada secara terus atau tidak.Sila bertanyakan soalan ini pada pakcik google hehe.

So as a freelance banyak lagi sumber keuntungan yang kita boleh perolehi jika kita berusaha.Kalo anda betul2 yakin dengan karya dan bakat anda itu maka why not anda pergi dari satu syarikat rakaman ke satu syarikat rakaman untuk mempedengarkan karya anda untuk diterbitkan dan beri kepada artis tertentu untuk dinyanyikan hasil karya anda itu.So setiap kali radio dan tv dan juga pusat karoake putarkan karya anda.Anda akan dapat royalti.Saya sebenarnya ada berfikir sampai ke tahap itu tapi bagi saya sendiri belum tiba masanya.Saya sangat suka bergerak secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak.Everything saya lakukan sendiri di Sayugia Studios (homemade studio) bermula dari raw material sampailah siapnya sesuatu lagu dengan dibantu oleh ahli-ahli bandmates yang lain.

Selain itu pemasaran melalui YouTube boleh juga dijadikan sandaran untuk menonjolkan karya anda itu.Mana tahu anda salah seorang yang mengikut jejak langkah Ana Raffali, Justin Bieber, Marie Digby dan sebagainya sekadar menyebut 2 3 nama.So internet marketing sangatlah luas potensinya cuma yang menjadi persoalan adalah kualiti karya anda itu.Saya sendiri pun masih lagi berhingus dan newbies mengenai bab-bab penciptaan lagu ini.Bukan mudah itu mencipta lagu yang sekali dengar terus best ataupun lagu yang berstatus ‘ada hook’.

Ada freelance komposer yang menonjolkan bakat dan personalitinya di telinga dan mata pendengar dan ada yang hanya menonjolkan bakatnya sahaja.So saya hanyalah menonjolkan bakat saya saja kerana dari segi personaliti saya ni takla kacak mana kui kui kui~So saya harap persoalan anda terjawab.Mari sama-sama kita meriahkan dunia freelance komposer hehe.Saya ingin mendengar karya anda dan juga lupa bagitau kalo dan siap hehe.Semoga berjaya apa yang anda inginkan.

**Updated *Info tambahan dari persoalan 1 yang dijawab oleh saudara Mack

lagu kita boleh di hak ciptakan dengan membuat satu salinan complete tablature with lyrics yang kemudiannya di bawa ke MyIPO untuk di cop hak milik….dan juga buat satu cover letter sekiranya ada lebey dari 1 lagu…cop tu harganya RM10 hegget kot kalau tak silap…info ni dapat masa buat research master berkenaan music rock di malaysia suatu ketika dahulu…tahun 2003 kot….

Facebook comments: