Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Kembali kita ke sessi unboxing gadget terbaru dalam sayugia studio.. iaitu headphones.So dalam sessi unboxing yang lepas-lepas telah ditunjukkan gadget-gadget yang amat penting dalam studio seperti guitar, amp, efek dan lain-lain.So gadget kali ini tidak kurang pentingnya iaitu headphone.Apabila memperkatakan tentang headphones iainya merangkumi pelbagai brand dan jenis.Ada juga tiruan dan ada nampak gah luarannya tapi low kualiti soundnya.Sebelum ni aku telah menggunakan brand Philips yang mana ianya telah setia bersama aku selama hampir 5 tahun.Tapi setelah headphones Philips itu telah mengalamai kerosakkan cable maka aku telah bertukar ke jenama Sennheiser yang sememangnya terkenal dengan kepakaran mereka dalam penghasilan headphones yang berkualiti.

Sebenarnya jauh di sudut hati, aku sememangnya langsung tak pakar apabila memperihalkan hal headphones dan perincian properties yang ada pada satu-satu headphones.Apa yang pasti aku memilih headphones yang dapat memberikan perincian sound pada tahap yang almost menyamai kedetailan sesuatu output bunyi. Nak detail 100% baik main instrument depan mata ye tak haha.Sebelum aku memilih brand Sennheiser aku dan riki-riki brand popular lain cam TDK, Monster Beat, AKG, Grado dan lain-lain.. setelah fikir-fikir dengan budget aku yang amat terhad iaitu sekitar 200 lebih saja, maka aku telah memilih brand Sennheiser HD 419 yang telah dibeli di kedai officialnya yang terletak di Capsquare Mall iaitu area Dang Wangi camtu.

Sebenarnya line up headphones bagi brand Sennheiser ni terlalu banyak.Ada yang khas untuk tengok movie sahaja, ada yang khas untuk dengar sound recording sahaja, ada yang khas untuk gaming saja, dan ada juga yang khas untuk gila bass saja.. banyaklah line up yang ianya disesuaikan dengan keperluan pengguna dan selera telinga masing-masing.So aku nak cerita details pun tak guna, anda boleh ja riki-riki sendiri di official websitenya iaitu sennheiserasia dot com.Maka aku pun memilih line up 400 series yang mana sesuai dengan selera telinga aku dan budget aku jugak.

So dikalangan 400 series, Sennheiser HD419 adalah yang termurah berbanding seriesnya yang lain.. sebenarnya ada series lain yang nampak gah dan besar dan padat bunyinya (rujuk sendiri official website diorang).Tapi itulah aku takdak bajet sebanyak ribu-ribu huhu.. cukup saja bagikuĀ  memiliki headphones premium ni pada harga yang affordable dengan sound kualiti yang aku inginkan.Maka dengan ini setelah test drive sound selama beberapa minggu maka, here my honest review about that headphones

Dari segi output sound,

– Bunyi bass yang detail, tapi bergantung juga kepada setting yang ampa lakukan terhadap equalizer sesuatu player. Kena setting bass enhancement untuk dengar bass gedebum gedebum di telinga

– Precision sound yang kuat dan tahap noise canceling yang agak padat. Kalo pakai headphones ni memang menutupi ruang telinga, dan kalo orang ketuk pintu umah bagi salam konpem dah tak dengaq huhu

– Surround sound yang mantap, terutama sekali bila tengok movie, contohnya ada adegan kereta melintasi laju, maka akan dengar bunyi kereta dari kiri ke kanan

KEKURANGAN

Sebenarnya banyak kekurangan headphones ni walaupun aku dah beli huhu.. sebab masa aku nak beli, fokus aku adalah output sound dan kesedapan memakai headphones pada waktu jangkamasa yang lama.Antara kekurangan dan contranya headphones ni

Appearance – Sekali pegang memang terlalu ringan, dan sekali pandang dan pegang macam low quality plastic.. maybe hanya perasaan aku sahaja kot

Cable – Teramat nipis cable.. dan panjang hanya 1.4 meter

Physical button – Tiada langsung volume button

Nilai Aesthetics – Tiada langsung.. bagi aku lah.. berbanding seriesnya yang lain contoh seperti mana ear speaker di crafted chromium, lining head pad dengan kualiti chrome, bagi aku sekali pandang HD419 ni, memang macam boleh beli dan nampak kat pasar malam.. pandangan jujur huhu.. tiada langsung impression yang memboleh orang kata.. “wahhh.. stylo lah design headphone ni huhu..”

So rate untuk sound – 4.5/5

Rate untuk appearance dan design – 1/5

Nasihat aku secara jujur.. jika anda hanya pentingkan sound kualiti, atau hanya ingin sound yang punchy bass (dum dum bass kat telinga). Maka headphones ni sesuai untuk anda.. TETAPI jika anda pentingkan appearance dan design juga.. JANGAN BELI headphones ni huhu.. pegi cari model lain lagi belambak ok huhu.Dan JANGAN BELI headphone ni jika anda inginkan precision sound ke tahap detail, maybe anda seorang sound engineer ke huhu.. so headphones ni juga tak layan untuk anda.. banyak lagi model lain….

The main reason aku purchase headphones just for sound.. and statik usage.. maknanya aku just bertempek setempat kat PC aku tu sambil dengar lagu huhu.. maybe di next entri, jika ada bajet yang lebih, maybe menjadi impian aku nak memiliki headphones yang betul-betul premium dan mempunyai nilai estetik yang tinggi untuk dipakai ketika dengar lagu atau ketika record lagu.Sekian sahaja sessi unboxing kali ini.Dalam video aku attach tu, hanya sesi unboxing saja, tiada penerangan details tentang headphones tersebut huhu.. dan aku buat sesi itu ketika aku selsema.. so tiada mood nak bercakap banyak huhu…

 

 

 

Facebook comments: