Yaaa sudah lama nampaknya tiada update terbaru di ruangan Sayugia Studio.Maka kali ini aku ingin memberitahu tentang gadget terbaru yang akan dimuatkan ke dalam studio.So mempersembahkan Gitar Ibanez Gio model GSA60 yang dibeli di Bentley Music Mutiara Damansara.Harga dalam 700 ++ dan setelah nego tu nego ni dapatla kurang sikit harga.Mengapa kami Sayugia memilih gitar camni.Buat pengetahuan semua sponsor Sayugia adalah Ibanez hahahahak! Gurau ja.. Gitar Ibanez Siri Gio adalah amat kena dengan muzik Sayugia yang tak keras sangat tu hehe.. Setelah belek tu belek ni kat dalam showroom Bentley Music tu.. maka akhirnya decide memilih model siri ini.. tu pun setelah jamming 2-3 das dalam showroom.. rugi tul aku tak rakam.. kalo tak leh tempek video muat kat sini untuk tatapan semua hehe.. So mari tengok video unboxing ibanez yang ditunjukkan oleh second gitaris Sayugia hehe..

Aku dulu sangat setia dengan model Fender Stratocaster..sejak zaman U aku memang sangat setia dengan Fender dan malas nak pegang gitar len kalo suruh perform huhu! tapi entah mengapa sejak menjinakkan diri dalam arena penciptaan lagu sendiri aku cam lebih selesa dengan model Ibanez pulak.Memang kena kot aku rasa citarasa muzik yang aku hasilkan.Bagi aku Fender dan Ibanez memang output soundnya agak berbeza huhu.Kalo orang len memang kata.. “Elehhh dah gitar.. nak bunyi cam mana lagi…! “ Hehe tapi bagi aku.. bunyinya tetap tak sama.. maybe orang yang dah lama men gitar dapat agak kot hehe..

So bab memperkatakan tentang gitar ni.. aku pun tak banyak knowledge sangat.Aku pun taktau sapa founder asal Ibanez dan kilangnya kat mana haha… cubalah Google yek! Warna gitar ni agak macam kayu tradisional finishing ditambah dengan metal-like solid colors.Ada duo pickup serta lubang nak cucuk tremolo.Dan untuk specs lebih detail lihat kat bawah :-

neck type 1pc Maple neck
body Agathis body
fret Medium frets
bridge SAT10 bridge
PSNDS (S) neck pu
PSNDS (S) mid pu
PSND2 (H) bridge pu
hardware color Chrome

Neck Dimensions:-
Scale 648mm/25.5″
a : Width at Nut 43mm
b : Width at Last Fret 56mm (at 21 F)
c: Thickness at 1st 19.5mm
d : Thickness at 12th 21.5mm
Radius 400mmR

Selain tu, masa pegi Bentley Music ada juga beli 2 biji amp.Amp bass Fender dan amp gitar Marshall.Dua-duanya 30Watt.Semua ini akan dimasukkan dalam Sayugia Studio sebagai gadget terbaru hehe dah alang-alang studio pun dah baru.Bab Sayugia Studio yang baru tu akan aku cerita di next entri hehe.. Dah 100% siap! Sabaq2.. aku da keja len nak buat lagi.. agak take time nak buat video dan sebagainya.Takkan nak cerita kosong je ye tak… kena la ada video semua baru syok.

Gambar : Gadget yang dibeli dan sebelum unboxing

Gambar : Unboxing Fender Rumble 3o Watt di dalam Sayugia Studios

Gambar : Fender Rumble 30 (Amp Bass)

Gambar : MG Marshall 30FX

So bulan ni aku akan banyak bercerita mengenai Sayugia Studio yang dah siap so nantikan update seterusnya… sekian.

Facebook comments: