Yaa salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Kembali kita kini kepada sessi unboxing gajet studios.Sebenarnya blogpost ni aku patut buat lama dah.. tapi tulah sifat negatif aku yang susah nak kikis huhu.. iaitu bertangguh.Mood nak menulis tak selalu datang.Huhuhu.. so jika anda selalu mengikuti blog ini, sebelum ini aku dah cerita mengenai unboxing gitar ibanez gsa60 dan juga efek boss super overdrive, maka unboxing kali ini adalah mengenai bass amplification.Bass amp yang dimaksudkan adalah Fender Rumble 30.Aku dah cerita serba sedikit lokasi mana aku beli bass amp ni.So boleh la baca kat sini dengan lebih lanjut.

Merujuk kepada video yang aku attached kat atas ni hah.. sessi unboxing hanyalah simple dan tiada penerangan terperinci atau details mengenai amp ni huhu.Aku bukan seorang pemain bass tegar.Hanya main suka-suka saja hehe.. Kualiti audio pun kurang memuaskan huhu.. biasa lah amatur kameraman.So hanya bukak dari kotak, cucuk cable dan test itu sahaja huhu.. don’t expect penerangan yang details dan knowledge yang mantap dalam video unboxing di atas huhu..Mula niat tu ada juga nak terang details specs dan aspek teknikal yang berkaitan huhu.. tapi malas pula nak research.So jika anda nak tahu details mengenai specs amp ini.. pakcik google dan uncle youtiub boleh membantu hehe.So kalo malas gak haa baca specs amp Fender ni kat link ni.

Sebenarnya Fender Rumble ni banyak series tapi kami memilih series Rumble 30 kerana beberapa sebab.Sebab pertama untuk homemade studio macam Sayugia Studio ni, Rumble 30 dah memadai iaitu bersamaan dengan powernya 30 watts.Ada juga try yang Rumble Series 75 iaitu bersamaan dengan 75 watts tapi makk aihh kuat giler babeng sound huhu.. knob volume baru naik satu cakah dah bergegar show room tu huhu.So setelah timbang tara Rumble 30 dah memadai.Secara umumnya atau basicnya, makin tinggi power maka tinggi lah output sound yang bakal diproduce.So surrounding sayugia studio yang tak besar mana 11 x 12 (kaki) camtu maka 30 watts sudah memadai.Mulanya nak amik yang 15 watts punya.. test punya test ntah rasa macam tak puas lak huhu.. so 30 watts is the best so far untuk studio sekecik itu dan tak mengganggu jiran.

Tapi kalo tanya bassist yang sememangnya minatnya sangat pure dalam menghayati output bass sound, huhu sememangnya combo amp macam Rumble 30 ni bukanlah pilihan terbaik.Bassist yang pro tak layan kot combo amp.. depa konpem mesti nak yang separate iaitu head dan speaker cabinet huhu.. “Head” ni macam pre-amp la, ada signal processing cam EQ dan effects serta boleh adjust power amp.Dan speaker cabinet just untuk connectkan dengan head untuk produce sound.So combo amp macam Rumble 30 ni just 2 in 1.Head pun kat situ speaker pun kat situ.Combo amp lebih murah dan senang dan bawak merata berbanding beli asing.Aku pun tak tahu details sangat bab aspek teknikal amp bass ni.Yang aku tau cucuk cable guitar bass ke amp, adjust EQ ikut citarasa telinga, pastu settle, layan kepala hahaha.

So sekian saja sessi unboxing bass amp pada kali ini.Di jumpa di next entri sessi unboxing gajet sayugia studio yang lain pula hehe.Moga terhibur 🙂

Facebook comments: