Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sudah lama sungguh aku tak menulis di bahagian ini (sayugia studios) sebab masih takdak produk terbaru disebabkab Sayugia Studios masih dalam pembinaan.Ya sayugia studios masih lagi belum siap sepenuhnya dan kelengkapan studio belum lagi dimasukkan kerana keadaan interior design masih dalam keadaan terbengkalai.Overall dan 80% siap cuma tinggal 20% sahaja lagi.Tak sabar sungguh aku nak kembali bekarya! Lama sungguh rasanya aku tak terperap dalam studio macam dulu huhu… So di kala tunggu proses naik taraf sayugia studios siap sepenuhnya maka aku memberi peluang pada diri aku untuk mendalami dunia blogging pulak..dah banyak aku tertinggal.So perlu catchup balik.

So rakaman yang aku amik ni dah lama dah.Saja tetiba aku teringat nak upload balik kat channel aku.Jangan lupa subscribe ye hehe.So kalo sesapa yang belum tau sayugia studios melalui proses naik taraf bolehlah baca balik entri mengenai Sayugia Studios melalui proses naik taraf part 1 dan Sayugia Studios melalui proses naik taraf part 2. So nanti bila dah hampir siap aku akan upload dan update apa yang dah siap.So nantikan hehe.Target paling lewat bulan depan le siap sepenuhnya.So bolehlah aku kembali bekarya macam dulu.

Roland V-Drum TD3 adalah drum elektronik yang boleh dicontrol volumenya dan nilai ketepatan amplitud dan frekuensi adalah 95% menyamai bunyi asal drum acoustic (drum standard).So kelebihan bermain V-Drum anda takkan dimarahi jiran hehe! Sebab volume boleh control.Dulu aku taktau aku pandang lekeh je V-Drum ni.Ape kejadahnya bunyi elektronik.Tak best dan tak pure la tul tak.Tapi aku silap.Bila ja aku test drum ni kat satu studio muzik di Penang (Gurney Drive), mak aiih sedap tuh! Dia bukan pakai amp biase tapi amp khas untuk kuarkan bunyi setiap piece drum tuh.

Maybe dalam rakaman video dekat bawah maybe ampa dengar biase je…tapi test sendiri baru tau.Aku minimakan volume je.The pureness of the sound can be control dekat dia punya main controller sebelah hi-hat.Nantilah bila Sayugia Studio dah siap sepenuhnya aku akan review secara detail V-Drum ni.Banyak function dan kelebihannya terutama dari segi aspek kepuasan layan jamming dan rakaman.Dan yang paling penting nak men tengah-tengah malam buta pun tak ganggu jiran! hehe

So video kat bawah ni saja-saja rakam test guna Canon 550D member aku.Paham-paham le kalo rakam guna DLSR berapa saat je pun dia telan banyak gila storan.Bayangkan 10 saat je mau dekat-dekat 100MB lebih.Aku taktau le kot boleh setting.Aku tak tahu menahu sangat bab-bab DLSR ni.Setakat buat bokeh sikit2 tu tau la hehe. So mari layan video kat bawah.. hehe sekejap je pun.

Facebook comments: