Yaa salam semua kepada pembaca tegar blog ini, sukacitanya dimaklumkan bahawa setelah sekian lama saya menyepikan diri tanpa sebarang karya terbaru, kini saya ingin mengumumkan single terbaru Sayugia akan direleasekan atau dilancarkan untuk tatapan halwa telinga peminat Sayugia sekalian pada 4 April 2012.Ingat ya semua… 4/4/2012 iaitu Rabu minggu depan! Bersiap sedia lah untuk singgah ke blog ini atau page Sayugia untuk mendonlod single terbaru nanti.Segala komen-komen anda semua nanti amat penting bagi saya untuk meningkat mutu ciptaan lagu.

Jika anda merupakan peminat setia Sayugia, tentu anda tidak sabar menunggu produk terbaru kerana hampir setahun lebih Sayugia tidak mengeluarkan sebarang material lagu. Hal ini terjadi kerana band mate Sayugia terikat dengan komitmen masing-masing.Hendak cari masa duduk studio sekali rakam lagu wah sangat susah.Memang sangat susah.. sebab tu hanya mampu sedikit-sedikit rakam, kemudian akhirnya siap juga. Ini adalah kerana kami Sayugia bukannya full time musician.. maisng-masing ada kerjaya dan komitmen untuk famili hehe..

Serentak pada 4 April ini juga akan direlease website Sayugia dot com.So segala perkembangan terkini serta produk terbaru akan diupdate pada website tersebut.Website tersebut akan tampak lebih professional dan lebih tumpuan kepada produk-produk terkini.Walau bagaimana pun, blog aimannajmy dot com tetap juga menceritakan dunia Sayugia tapi tak terlalu spesifik.Blog aimannajmy lepas ini hanya akan tumpu sepenuhnya tentang apa saja yang saya minat… seperti internet marketing, lukisan, composer dan nukilan peribadi hidup.Sudah tiba masanya brand name “Sayugia” bergerak di bawah entiti sendiri dan tidak lagi menumpang blog aimannajmy dot com hehe.Impian saya ingin membawa jenama Sayugia ke satu tahap yang membanggakan.

Diharapkan dengan lancarnya single terbaru nanti akan dapat mengubat rindu peminat Sayugia.Komposer dan penulis lirik sepenuhnya oleh saya.Susunan muzik pulak diatur oleh Ihsani.Kini kumpulan Sayugia masih lagi dianggotai oleh 3 orang ahli.Dahulunya 4 orang ahli tetapi salah seorang ahli telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.Rizhan sebagai bassist dan juga vokalis kedua, Ihsani pemain drum, manakala saya sendiri pemain gitar utama dan vokalis.Bagaimana hasilnya nanti bila kami bergabung bermain muzik? Nantikan 4/4/2012!! Tunggu jangan tak tunggu! 🙂

 

Facebook comments: