Salam semua kepada aiman najmy dot com.Dalam entri lepas aku dah ceritakan aku berhenti sekejap dalam bekarya kerana memberi laluan kepada proses naik taraf sayugia studio yang aku sangat sayangi ini..huhu..di sinilah tempat proses menyiapkan karya-karya sayugia dilakukan.Dulunya interior design cam bilik tidur jaa so sekarang ni nak upgrade kepada suasana studio yang lebih sebenar.So lebih feel nanti nak bekarya.Nak tengok keadaan studio asal sayugia? Lihat video kat sini (video promo single ke 6 sayugia).So sekarang banyak lagi proses atau fasa-fasa menaik taraf perlu dijalankan..Dah abih kopek sana kopek sini..cungkil sana cungkil sini,Keletung keletang bunyi maka proses palam dinding dan juga tingkap berjaya disiapkan arini.Huh..satu proses yang agak merimaskan apabila habuk berawangan di udara dan lantai dipenuhi habuk,Banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu dilakukan yang masih tertangguh…macam pasang karpet..cat dinding…pasang plug baru…last sekali baru nak cari material kedap bunyi…so satu proses yang amat panjang walaupun ada upah orang untuk memecahkan umah dan pasang bata..tp interior design cadang nak buat sendiri untuk jimatkan kos huhu.

Gaya orang lama buh bata

Akhirnyaa….dengan kudrat tenaga orang lama..dinding berjaya dipalam huhu

So segala proses naik taraf dilakukan sedikit demi sedikit.Tak sekali harung le one shot huhu.Banyak keja lain lagi nak buat huhu.So aku akan update proses upgrade studio dari masa ke semasa.Mungkin lusa atau tulat akan memulakan proses mengecat pulak kot huhu.. err out of topic jap ada orang kata aku bahasakan diri “aku” bila menulis nampak cam kasar sikit..sebenarnya aku lebih suka guna “aku” dan dalam hal blogpost tertentu je baru kata ganti diri sebagai “saya” digunakan…. i just want to be myself… that’s it

Facebook comments: