“Berkarya dan terus berkarya…Tiada peduli apa orang kata…Sudah minat tersemat di dada….Mana mungkin aku berundur begitu saja…”

“Aku ini komposer biasa.. Ku cipta lagu dan irama.. Ibarat sasterawan dengan penanya.. Aku dengan gitar dan liriknya…”

“Aku ini memang keras hatinya..   Walau tiada siapa dengar lagu Sayugia..  Aku tetap berkarya macam biasa..   Aku bukannya nak jadi Rockstar….”

Wah tak sangka pandai jugak aku bermadah helah haha.. ayat madah di atas hanyalah ayat spontan keluar dari hati dan nurani ini huhu… Ok.. mulai bulan hadapan Sayugia akan kembali dengan material terbaru.Setelah setengah tahun menyepi maka tiba masanya untuk berkarya kembali hehe.. last single Sayugia direleasekan pada bulan April tahun ni.Sekejap sungguh masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah 6 bulan Sayugia menyepi dari sebarang lagu baru.So tiba masanya nak buat comeback kembali setelah lama menyepi.Aku menyepi bukan sebab apa.. sebab banyak kerja utama nak kena settle dulu.. yakni kerja yang mendatangkan income.Dah everything nampak macam on track baru aku rasa selesa nak kembali berkarya macam zaman 2010 dahulu hehe..

Sebenarnya banyak perancangan yang ingin aku buat berkaitan Sayugia.. dan juga Sayugia Studio.Masih banyak yang tertangguh.. antara pelan utama sekali dari tahun lepas tak siap-siap membawa sampai ke tahun ni…dan dah nak abih tahun dah pun.. tentunya website rasmi sayugia dot com.Selain itu montaj video Sayugia Studio means dari mula pembikinan sampai lah siap.Lepas tu videoklip Sayugia juga ada perancangan nak buat.. At least video lirik la.. official videoklip macam agak takes time huhu.. memang aku berhasrat nak hasilkan videoklip Sayugia bertaraf MTV channel atau V channel.Dan dengan itu aku kena study balik segalanya green screen teknik.. AE, video editing dan sebagainya.Sebenarnya bab kesan khas atau Visual FX ni dah lama aku belajar-belajar secara on-off on-off sejak dari zaman study lagi.. sebab aku memang minat bab-bab buat kesan khas ni haha.So aku memang nak implemen ilmu yang aku belajar sendiri-sendiri tu melalui penghasilan videoklip Sayugia.

Perancangan aku bulan ni.. aku nak memastikan kerja IM aku fully optimize dan autopilot, selepas itu baru aku buat persediaan untuk masuk ke studio balik.So memang bulan depan.. memang aku nak tumpu bab Sayugia sepenuhnya dan disamping update blog personal ni dengan share tips-tips berkaitan internet bisnes dan personal stuff huhu.Aku pun dah lama sebenarnya tak memerap dalam studio cam dulu sewaktu era 2010 yang mana aku aktif berkarya.Sasaran aku nak hasilkan complete 10 lagu Sayugia dan sekurangnya 1 videoklip penuh dan beberapa video lirik Sayugia.Dan mulai bulan hadapan juga aku akan cuba siapkan website rasmi Sayugia.So selepas ni sebarang karya dan aktiviti berkaitan Sayugia dan juga sebarang info mengenai material terbaru akan dimuatkan di website rasmi Sayugia.Pada website rasmi Sayugia nanti akan ada pecahan segmen Video, Studios, dan juga featured project.Featured project adalah side project Sayugia yang mana aku akan berkarya buat lagu berbahasa English pulak hehe.

So akhir kata aku berharap kerja utama aku.. yakni IM berjalan ‘on-track’ seperti yang dirancang supaya nanti aku boleh berkarya dengan happynya huhu.Dan juga aku berharap brand name Sayugia dapat berdiri dengan entiti dan identiti tersendiri bila mana nanti siapnya website rasmi Sayugia.So selepas itu blog aku.. aimannajmy dot com akan lebih tertumpu pada something yang aku suka dan bersifat personal.Beerti.. segala apa yang aku minat (melukis, mencipta lagu, bermain muzik dan internet bisnes) akan dijelmakan penulisan dalam bentuk yang lebih personal.Aku juga ingin membina jenama aimannajmy di persada dunia online hehe.. Bermakna.. apabila sebut ja aimannajmy.. orang dah tau mamat ni minat cipta lagu, internet business dan melukis hoho..

Sekian saja update mengenai perkembangan terbaru Sayugia…

 

Facebook comments: