Salam semua.Sedikit update mengenai sayugia studio.Untuk makluman Sayugia Studio sudah 100% siap! Cuma aku saja yang lengah-lengahkan takmau share lagi gambar sepenuhnya kat sini hehe.Aku behasrat nak share full picture interior dan exterior Sayugia Studio beserta sekali dengan montaj video.Montaj video ini mendokumentasikan proses naik taraf studio bermula dari pecah tanah sampai lah lengkap segala everything.

So segala koleksi video bermula dari awalnya hingga akhirnya proses naik taraf sudah dikumpul dan sedang kini diedit.Ada 2 3 lagi video nak kena edit.Huhu letih juga proses video editing ni.Nak pilih dan nak potong part-part yang tak berkenaan ambil masa juga.Pastu dah abih proses edit nak masukkan juga sedikit perisa-perisa yang diperlukan cam effects, lagu, credit montaj dan sebagainya.

Nantikan ya full pictures dan video Sayugia Studio yang sudah siap sepenuhnya.Aku akan cuba siapkan selewat-lewatnya dalam minggu depan juga kalo tak ada aral melintang.Bukan apa dah lama tak godek-godek After Effects.Nak kena bukak buku balik haha.Macamana taturcara nak bagi image begerak dan juga coding aku dah lupa haha.Dah lama tinggal.Cadang nak buat montak yang advance sikit huhu.Kalo makan masa maybe aku buat montaj yang biase2 je huhu.Tengok la camna.

Tunggu update seterusnya..

Facebook comments: