Salam semua.Ya seperti tajuk di atas.Satu tarikh dipilih sebagai tarikh pelancaran sneak peek filem pendek keluaran sulung Sayugia Studios dan single terbaru yang juga soundtrack kepada filem tersebut hehe. So pada 31hb Julai ni adalah tarikh pelancaran sneek peak filem pendek dan pada 1 Ogos ni adalah tarikh release single terbaru yang bertajuk…. jeng jeng..nantikan.Seperti biasa setiap 1hb setiap bulan saya dan bandmates akan cuba sedaya upaya untuk menyiapkan single terbaru setiap bulan seperti mana cogan kata blog ini hehe tengok kat header di atas.Apa-apa pun kita merancang Tuhan menentukan, kami (bandmates) akan cuba berikan yang terbaik setiap bulan dan harapnya tidak akan terdelay tarikh keluaran akibat kesibukan kerja lain.Ini adalah kerana setiap ahli bandmates mempunyai komitmen kerjaya yang lain dan terpaksa membahagikan masa yang sesuai bagi proses rakaman.Andai kata semua bandmates full time mengadap muzik ja maybe seminggu sekali ada karya baru kot hehehe.

aku aiman najmy

Ok bercakap mengenai filem pendek pulak.Filem ni adalah filem pendek kedua arahan saya dan sebelum ni saya dah pernah mengarahkan sebuah filem pendek ketika di alam universiti dulu.Hanya bekas2 rakan U dulu saja yang pernah menyaksikannya.So saya takkan putarkan kembali cerita tersebut.Ianya terlalu sedih dan biarlah ianya hanya di abadikan di minda para penonton yang pernah menontonnya dan juga bersemadi di hardisk.Ok filem kedua ini ada sedikit unsur2 kekecewaan dan menyuntik sedikit elemen pertarungan.Saya takkan ceritakan sinopsis jalan ceritanya.Apa yang saya harap nanti kalo mendapat sambutan yang menggalakan saya akan terus secepat mungkin habiskan babak2 yang tertangguh.Setakat ni saya keluarkan trailer dulu camana untuk mendapatkan feedback penonton.Kalo ramai yang berminat betul2 nak saksikan filem penuhnya baru saya akan siapkan secepat mungkin babak2 yang lain.Ok sekian sahaja celoteh kali ini..saksikan dan nantikan yaa produk terbaru sayugia.

ta-studios

Facebook comments: