Persoalan PA sistem

Salam semua kepada pembaca sekalian.Kali ni saya akan menjawab persoalan dari saudara Jimmy yang bertanyakan mengenai keperluan speaker yang sesuai untuk vokal (merujuk kepada soalan di atas).Ok saya akan bagi penerangan dari sudut pengalaman saya yang ciput saja dalam membangunkan mini studio sendiri di rumah atau di premis yang berkeluasan sederhana kecil (minimum 11 x 12) dan disamping pernah handle konsert kecik2 time belajaq dulu.Bagi mereka yang mungkin terbaca entri ini dan mempunyai pengalaman yang lagi luas, maka boleh lah memberikan pandangan yang lebih jitu dan tepat hehe.Sama-sama kita berkongsi ilmu yang berguna.

kucing nyanyi

Sekadar gambar hiasan

Untuk vokal selalunya memang akan merujuk kepada PA system huhu.. selalunya lah. Dulu saya selalu tafsir PA sistem tu membawa maksud Professional Audio, padahai Public Address sistem haha.. Dan selalunya juga PA sistem untuk vokal mixer dan speaker digabungkan sekali (built in).Maybe ada juga yang separate.. Mixer asing dan speaker/amp juga asing.Tengok pada jenis le.Tetapi selalunya memang PA sistem dah tersedia ciri mixer yang basic dan 3 perkara utama (Volume, Equalizer dengan Input).That is the most paling basic la.Kalau yang cam advance sikit ada banyak lagi channel yang boleh modified cam reverb, tone, delay dan lain-lain.Selalunya yang tu nak cucuk gitar pun boleh.Kiranya ada dua input.Untuk gitar dan vokal.Selain tu kot ada yang nak sepp bajet takmo pakai PA sistem maka boleh juga tumpang cucuk input kat amp guitar ka, keyboard amp ka, bass amp ka.. tapi memang tak pure lah jawabnya.Sememangnya PA sistem juga menjadi pilihan terbaik khas untuk vokal hehe.

Dan kemudiannya bab watt(kuasa).Secara pemahaman asasnya.. (tanpa ambil kira faktor pengiraan saintifik dan teknikal huhu). Lagi besaq kapasiti penonton/audience maka lagi tinggi lah kuasa yang diperlukan.Selain itu kuasa amp tersebut juga bergantung kepada faktor tertentu cam event tu indoor atau outdoor dan juga tahap sound reflections.Makin kurang pantulan bunyi, maka makin banyak lah Watt yang diperlukan.So bagi Sayugia Studio, seluruh semua permukaan dinding ditampal dengan acoustic foam, maka keperluan watt tak perlu terlalu tinggi.So apa yang saya boleh sure kalo pi kedai muzik tanya pasai PA sistem untuk vokal dalam keluasan sederhana terutama bilik yang bertutup, selalunya dia akan suggest mini PA iaitu range 5 watt ke 30 watt.The best bagi saya is to select range tengah-tengah iaitu 20 watt ke atau 15 watt.Itu saya rasa paling the best berdasarkan apa yang saudara beritau iaitu keluasan 15 x 20 kaki.Bagi saya 15 watt tu pun dah terlampau kuat huhu.. kalo nak bawah sikit 10 watt takut kang ragu-ragu tak capai kapasiti bilik.. so the best is pilih tengah-tengah huhu.. kalau rasa tak sedap hati amik 30 watt haha.. mana tau bilik ada tampal acoustic foam…  Dahulunya saya penah buat mini konsert dekat kawasan lapang tapak karnival (time tu zaman student) guna 15 watt je amp (takde duit nak beli amp mahal huhu).. itu pun dalam range 10 meter dah kuat giler dengar baru 3/4 volume.. itu kawasan terbuka lapang.. inikan pula dalam bilik.

So terpulanglah pada bajet bro Jimmy.. kebiasaannya lagi tinggi Watt lagi mahal ler.Nak branded semestinya Roland, Yamaha, Behringer, Fender, Bose dan ada lagi la tak ingat huhu.Saya lebih suka Roland huhu.. taktau nape.Produk Roland lebih dekat di hati para pencinta freelance music maker kat rumah cam saya hahaha.Maybe sebab user friendly dan harga pun so-so sahaja.Apa pun bagi saya nak sound terbaik vokal, siap la bajet under 1000 huhu.Haa satu lagi Behringer pun ok juga.Banyak model yang sempoi mini PA sistem.Ada juga yang suggest mini PA keyboard, yakni Keyboard amp.Ada hi-freq driver, mixer dan lain-lain basic function.Apa pun jenama cap ayam pun banyak huhu.. saya pun tak ingat.Cuma kualiti built sound maybe tak sama kot cam branded punya mini PA haha.Kena test sendiri depan mata.Bagi saya.. pendapat peribadi saya.Mini PA memang sesuai untuk sound vokal di dalam bilik kerana boleh kata semua mini PA dah terbina mixer.Sama ada mixer tu banyak function dan channel saja bergantung pada rate harga.Kalo nak asing.. contoh mixer asing.. dan speaker pun asing.. wah itu memang makan bajet sikit tu dan tak compactible dan sesuai melalak dalam bilik.Huhu.. pendapat saya sahaja.Kalo bro nak beli asing itu terpulanglah hehe.Bab mixer sahaja rasa perlu buat entri khas haha.. mixer banyak jenis dan function.

Ok akhir kata, kesimpulannya apa yang saya cadangkan untuk sound vokal adalah Mini PA sistem yang mempunyai ciri

– range 10 ke 30 watt (ikut pada bajet)

– ada sekurangnya 3 basic function penting (Volume, Equalizer dengan Input) dan bagi mixer sekurangnya ada 3 perkara basic (Tone, Treble dan Bass)

Andai ada bajet lebih boleh tambah features seperti

– ada 2 input ( 2 mic ATAU untuk guitar dan vokal)

– separate volume, tone, dan reverb controls untuk vocal dan juga guitar channels

– sekurang-kurangnya 2 channel built in mixer dengan 2 band EQ

 Roland PA system

 

 

 

Facebook comments: