Salam semua.Aiseh dh dekat 4 hari tak update blog.Dah lama tak becerita mengenai dunia sayugia studios kan.Ok kali saya akan berkongsi apakah gadget asas untuk proses rakaman audio tak kisah la suara ka, petikan gitar ka, bass ka, ataupun segala yang berkaitan dengan audio recording.Secara overall lain studio lain bajet.Saya hanya akan bercakap dari sudut gadget asas untuk beginner sound enginneer.Atau dengan lebih tepat apakah gadget  asas yang diperlukan dalam sesebuah rakaman lagu terutamanya band indie seperti sayugia.

Seperti anda maklum band sayugia melakukan segala2nya proses rakaman sendiri.Dan hasilnya? Haa dengar la single2 kami kat sayugia fan pages atau blog saya ini.Soundnya agak seperti menghampiri kualiti radio atau mp3 standard.Pelbagai eksperimen telah kami lakukan.Rasanya kualiti sound setakat itu lah mampu kami lakukan.Asalkan bila banding sound kualiti menyamai dengan sound mp3 standrd lagu2 hasil rakaman studio bajet tinggi lain sudah lah.Matlamatnya sudah tercapai.Itu yang penting.Mana tahu 5 tahun akan datang sayugia studios berubah wajah dengan gadget yang lebih canggih dan mampu produce kualiti standard antarabangsa.InsyaAllah.

Ok becakap mengenai bajet studio atau gadget asas studio anda boleh ja tanya pakcik google ye tak.Cuma saya ingin berkongsi dari perspektif asas yang kami sayugia telah eksperimen untuk menghasilkan sound kualiti terbaik.Antara gadget2nya ialah

edirol_ua-25ex

Edirol USB audio capture (UA-25EX) by Roland

Ok kalo dalam bahasa studionya orang panggil ‘interface’.Menatang ni atau Edirol interface ni adalah gadget yang paling utama sekali dan tanpa interface maka rakaman lagu anda akan jadi seperti rakaman di studio jamming huhu.Interface ni berperanan untuk menapis dan menelan sebanyak mungkin bunyi2 yang tak diingini ketika proses rakaman sama da bunyi itu datang dari gitar anda sendiri atau background (bunyi kipas ke,bunyi hujan ke atau bunyi kentut harsh).Kiranya ni ibarat jantung rakaman lagu anda.Ianya menjadi perantara PC dan instrument muzik anda.Ianya mengawal segala tahap sensiviti audio gain dan sound yang dihasilkan perghh memang clean lahh(kena paham aturan konfigurasi dia jugak sebelum nk dapat bunyi clean).Penghubung ke PC adalah menggunakan USB 2.0(segala bunyi disalurkan ke sini sebelum dicapture oleh PC).Ok mari kita tengok gadget terpenting yang kedua.

behr_xenyx-1202

Behringer XENYX 1202 Premium 12-Input 2-Bus Mixer plus Mic Preamps dan British EQs

Haa sapa tau benda alah ni?? Sapa penah jadi DJ orang kawin angkat tangan!! Dengan bahasa mudah ni lah mixer..Apa fungsi mixer.Kalo tengok studio rakaman yang hebat2 cam EMI ke KRU ke memang depa punya mixer stail panjang membawa ke 7 kaki ke 12 kaki.Tapi untuk bajet studio dan khasnya untuk rakaman lagu indie..keperluan mixer di atas  sudah cukup.Lumrah sudah ketahui buat lagu indie ni dia punya ROI (return of investment) belum tentu ada.Ntah2 takdak langsung huhu.Syok sendiri ja.Tapi bagi saya…sangat puas bila orang tersenyum dan suka lagu2 yang dihasilkan disamping itu mereka paham akan mesej lagu.Aishh dah melalut~ kita sambung balik.

Ok mixer ni beperanan menjadi penghubung kepada instrument muzik sebelum ianya disambung ke ‘interface’.Fungsi mixer adalah sangat penting untuk pengawalan sound yang datang dari pelbagai sumber instrument.Ok ketika rakaman mungkin anda nak gitar bunyi lebih audio gainnya dan bass kurang sikit..pastu suara maybe nak dengar lebih jelas dari drum atau anda nak trim bunyi bass sama kuat dengan bunyi drum.Dan teknik yang tesendiri dalam mengawal segala konfigurasi mixer membawa kepada sound yang tesendiri terhadap sesuatu band indie.Saya takkan becerita dengan lebih detail atau teknikal dalam hal mixer ini kerana amat sukar diterangkan dalam bentuk penulisan.Ianya berkaitan perihal bunyi yang ‘kena dengar’ apabila sesuatu konfigurasi ditetapkan.Ok mari kita lihat gadget seterusnya

behms16

Behringer MS16 monitor speaker

Ya dah menaruhkan segala tenaga dan skill bermain gitar untuk rakaman pasti nak dengar balik ye tak sedap ka tak.So hasil output rakaman leh la dengar melalui monitor speaker ni.Spekear ni harus dicucuk ke interface bukan ke PC.Kalo buh kat PC bek dengaq lagu mp3 ja dari buat rakaman hoho.Ok monitor speaker harus didengari oleh sound engineer.Dia la nak tentukan apa yang tak kena apa yang kurang apa yang tak best apa yang bunyi harsh ka.Orang yang bermain gitar atau bass ke still dengar jugak apa yang depa main dan follow tapi bunyi dari intrusment depa lagi jelas la dari bunyi background muzik yang difollow.Depa bukan dengar dari speker monitor ni tapi dari sambungan ke interface.So interface ni ada pelbagai audio jack yang boleh disumbat untuk keperluan tertentu.Ok mari kita lihat gadget terpenting lain.

behringer_studio_

pop-filter

Yaaa apakah itu.Yang atas itu adalah condenser mic.Ianya bukan mic biasa dan ianya berfungsi untuk menapis bunyi yang pure keluar dari suara anda yang merdu bak buluh perindu itu hoho.Pitching suara kita boleh latih untuk perfect tapi tone suara sesuatu yang tak boleh diubah..ianya kurniaan Tuhan.Mic ini boleh di ubah settingnya kepada keadaan tertentu.Misalnya anda hendak bunyi yang hendak dicapture adalah melalui front mic sahaja maka disablekan lah bahagian back mic ataupun nak nyanyi ramai2 keliling mic kena on kedua-dua side.Selalunya rakaman vokal menggunakan front mic sahaja demi mengelakkan bunyi2 yang tidak diingini datang dari belakang mic.

Dan yang bawah itu adalah penapis teh.So lepas penat mengerah tenaga untuk menjerit dalam rakaman vokal.boleh la pekena teh dulu..hohooh~~ Yang bawah itu sebenarnya adalah pop filter.Ianya untuk menghalang popping sound dari berlaku.Camana popping sound tuh ek?? Susah saya nak explain.. ianya somthing yang kena dengar baru tau takleh diterangkan melalui penulisan.Dan ada software tertentu untuk kesan popping sound ni huhu..tapi anda tak perlu tahu..tak penting pun…dengar suara pure dan clean sudah la.

Dan selain fungsi tambahan menghalang air liur memasuki kondenser mic huhu.Mana tahu ada yang terover nyanyi tesembut plak ayaq lioq.Jangan main2 condeser mic ni mahal sebenarnya tengok kepada tahap audio gain tertentu.Kalo untuk vocal ada jenis micnya kalo utk capture sound drum lain micnya.Setakat ini price yang paling reasonable (bawah1k) adalah gagdet dari Behringer yang Sayugia Studios menggunakan model C-3 seperti di atas khas untuk vokal.Jangan terkejut kalo anda riki2 harga condenser mic ada yang mencecah 10k.Saya cadangkan kalo nk buat mini bajet studio pilih barangan Behringer huhu..tp terpulang la pada anda.Kalo bajet anda besar so Behringer tak sesuai untuk anda.

Ok selesai sudah penerangan ringkas mengenai gadget yang diperlukan untuk rakaman audio.Nantikan pengenalan seterusnya mengenai fungsi-fungsi lain yang perlu diketahui dalam penghasilan sesuatu lagu dengan bunyi yang perfect.

Facebook comments: