Boss effect OD-3 Overdrive

Boss effect SD-1 Super Overdrive

Yaa salam semua kepada pembaca.. dah lama aku tak menulis dalam ruangan Sayugia Studios, so kali ni aku menceritakan Boss effect yang baru dibeli baru-baru ini di salah sebuah kedai muzik di ibu negara.Seriously aku tak ingat la kedai tu nama apa huhu.. sebab aku bukan dok KL pun, aku just tersinggah sahaja kedai tu dan abang aku yang nak beli sebab nak lengkapkan keperluan gadget dalam studio.Kedai tu kat Midvalley le hoho.. sapa pembaca yang dok area KL maybe tahu kot.. eh melalut lak aku bukan nak cerita pasai kedai, tapi efek yang baru dibeli.

So buat masa ni efek yang ada dalam studio adalah MT-2 Metal Zone dan juga DS-1 Distortion.. so kebanyakan lagu sayugia seperti Menjadi Pasti, dan Pabila menggunakan efek tersebut untuk menonjolkan riff sound gitar yang agak tebal atau berat bunyinya.. ada lagi sound yang kasar/berat iaitu MD-2 Mega Distortion tapi sayugia tak gunakan sebab dah lari dari konsep lagu-lagu sayugia yang santai sahaja.Lainlah muzik macam Korn ke, Slipknot ke atau lain-lain band yang bercabangkan seni muzik nu-metal huhu.. lagu berentak slow sayugia seperti Bertemu Lagi memerlukan sound effect yang smooth dan warm feelnya.Kalo bunyi gitar yang pure keluar dari amps selalu bunyi clean sahaja.. dengar macam kosong.So aku juga selaku gitaris sayugia memerlukan sound yang lebih ‘warm’ tidak terlalu distort dan tidak terlalu clean.Aku pun susah nak huraikan kepada pembaca.. hanya gitaris saja yang mampu memahami kehendak output sound yang dikehendaki sesuai dengan selera genre muzik.

Sound efek yang hendak dicari adalah berada di antara ‘clean’ sound dan dibawah paras distortion.So setelah sembang-sembang ngan brader yang jaga kedai tu yakni consultant gadget-gadget muzik ni, maka beliau mencadangkan 2 efek iaitu OD-3 Overdrive dan juga SD-1 Super Overdrive.Maka aku pun dan abang aku pun turut sama test sound (sila rujuk video yang diattached) untuk memastikan bunyi yang terhasil menepati citarasa yang dikehendaki.Apa yang penting output sound hasil dari strumming chord gitar dapat menghasilkan background sound yang smooth dan warm tanpa rasa kosong.Selepas test strumming dua tiga das, maka keputusan dicapai, super overdrive SD-1 sememangnya terbaik untuk sound yang kami cari terutama untuk lagu seperti Bertemu Lagi atau Kau Tetap Di Hati.Efek OD-3 Overdrive harganya agak mahal lagipun soundnya agak menghampiri efek DS-1 Distortion apabila Variable Drive tuner dipulas sehingga out.Lagipun efek Super Overdrive ni ala-ala macam tube amp sahaja output soundnya.

test sound jap

Brader consultant bagi efek boss huhu

ini gitar gile mahal, dapat pegang test sound pun jadilah huhu

So aku nak cerita details tentang Boss Effect ni pun tak guna sebab baik korang rujuk official website Boss lagi details terang tentang segala properties dan juga specs sesuatu efek.Bagi aku apa yang penting, aku dapat sound yang aku nak ikut kesesuaian muzik yang aku suka.Bab-bab teknikal properties efek ni sesungguhnya aku taktau sangat..yela bila bercakap tentang gadget elektrik yang mengeluarkan bunyi tentulah ianya berkaitan dengan impedance lahh, waveform lah, capacitance lahh, sound degradation lahh huhu… err serupa kelas fizik pulak.. bagi aku apa yang penting bunyi yang terhasil memberikan feel ‘tone’ yang dikehendaki.Tapi lagi baguslah kan kalo seseorang gitaris mengambil tahu segenap segi tentang ilmu fizik ni.. yelah mana tahu efek tiba-tiba rosak, boleh baiki sendiri ye tak hahaha..

Tapi mostly aku dok tengok seseorang gitaris selalunya paling koman mesti akan ada satu effect distortion.. tapi taktaulah kot ada yang pure layan acoustic je huhu.Efek distortion selalunya menjadi keperluan penting bagi mana-mana pusat jamming atau studio hoho.. So sekian sahaja bebelan aku kali ini.. apa yang penting know your guitar tone and decide the efek.Sebab benda ni seketul-seketul mahal kot.Takkan nak beli semua hoho.. atau alternativenya multiple effect pedal board boleh la jugak nak beli kalo nak jimat tapi tulah, dari segi output sound dah tak pure.. huhu.Sesetengah gitaris sangat pentingkan the pureness of guitar tone.

Facebook comments: