kameraman

Salam semua. Entry kali ni becerita serba sedikit mengenai projek videoklip sayugia plus filem pendek sekaligus.Hehehe.Sebenarnya penggambaran filem pendek ini sudah lama dibuat cuma ianya mengambil masa untuk penambahbaikan dan juga penambahan unsur-unsur CGI dalam beberapa scene.Sessi rakaman atau penggambaran telah dijalankan pada 12/6 dan juga 1/7.So Selepas itu ianya perlu digarap semula dan proses suntingan balik dan penambahan CGI dilakukan sepenuhnya di sayugia studios.Saya sendiri bertindak sebagai VFX designer dan melakukan kerja-kerja blending image CGI dan proses rendering.Dan Ihsani iaitu abang saya berperanan sebagai jurukamera.Promo filem pendek ini akan dikeluarkan pada masa terdekat ini(dalam minggu ini jugak!).Sebenarnya promo ini telah pun siap cuma perlu dikemaskini dan difinalise di beberapa scene yang mungkin mennampakan sisi2 kecacatannya huhu.Agak letih sebenarnya membuat kerja-kerja design ni.Kadang2 1 saat punya scene makan masa yang agak lama untuk disiapkan ditambah pula saya masih bertatih memahami dan mempelajari selok belok side effects yang relevan dengan scene.

candi

Ok entry sebelum ini.Yang ampa semua nampak mamat tengah pegang cap tuh adalah..sapa lagi…kalo bukan…hehe.Tengok promonya nanti ye.Lokasi penggambaran berlangsung di kawasan sekitar candi Lembah Bujang dan di Sayugia Studios (green screen effects).Pada mulanya lokasi dicadangkan ialah gunung jerai tetapi memandangkan ada sedikit masalah teknikal dan juga cuaca ketika itu redup2 dan mendung berarak hampir nak hujan so ianya dibatalkan.Tetapi perancangan tetap ada untuk menjadikan kawasan gunung jerai satu destinasi penggambaran yang sungguh cantik pemandangannya.So promo videoklip akan direlease bersama dengan susulan single baru sayugia.Kiranya soundtrack filem pendek ini akan direleasekan selepas sahaja promo filem pendek ini dikeluarkan.

Sebelum ianya dikeluarkan nanti saya terlebih dahulu memohon kemaafan jika tidak dapat memberi kepuasan kepada peminat sayugia.Saya masih lagi dalam proses belajar untuk menghasilkan visual yang menarik dengan bantuan CGI.So dah kuar promonya nanti tontonlah dengan menganggap bahawa Sayugia Studios masih tersangat amatur menghasilkan videoklip sendiri.Ini adalah kerana segala semua kerja2 produksi dan pra produksi dilakukan oleh saya sendiri dan dibantu sedikit2 oleh bandmates.Saya sendiri bukannya datang dari golongan pembuat filem atau berkelulusan sarjana perfileman.Tetapi apa yang saya lakukan ialah atas dasar minat saya yang sangat mendalam untuk mempelajari seni cinematografi dan juga CGI.Apa yang penting saya tak kisah pun orang nak kutuk2 melihat karya sulung (filem pendek/videoklip) saya nanti.Saya bukannya Michael Bay ataupun Steven Spielberg.Saya hanyalah seorang yang insan yang baru nak merangkak2 dan bertatih mempelajari selok belok cinematografi dan CGI.

Ok hurm..siapakah pelakonnya, apa cerita disebalik filem pendek ini dan apakah bentuk atau genre cerita ini akan diberitahu kemudian di next entry nantikan ya!!

Facebook comments: