Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Baru-baru ini aku ada upgrade pakej internet broadband aku.Iaitu dari speed 1Mbps ke speed 4Mbps.Aku upgrade pakej streamyx TM dengan promosi rebate 3 bulan tu.So aku pun amik kesempatan sign up promosi tersebut yang akan berakhir 30 Jun ni.Maka settle hal kat TM point maka aku pun seraya menunggu kedatangan technician ke rumah.Selepas exactly pas 2 hari sign up, maka datanglah kontraktor TM atau yakni technician yang handle bab upgrade ni.So setelah dia setting dan test kat modem router aku, sukacitanya dimaklumkan speed yang aku mintak sememangnya boleh sampai ke kawasan kediaman rumah aku.Technician tu pun berkata bila mana bil baru untuk bulan seterusnya dibuka, baru kelajuan internet yang diminta akan masuk.Aku ingat sepantas kilat kelajuan tersebut terus diupgrade.Lepas sahaja 3 hari technician tu datang rumah.. aku pun saja-saja test kelajuan internet iaitu dengan melakukannya pada website speedtest.net.Hasil test yang dijalankan wahh sudah masuk rupanya kelajuan yang aku mintak itu huhu..

Wah aku pun apa lagi meloncat la kegirangan haha.. boleh la buat keja IM dengan lancar dan smoothnya huhu.Aku pun test la kelajuan tu dengan mendownload movie.. pergh boleh tahan juga lajunya berbanding speed internet aku dahulu.Apa pun bila nak donlod movie ni bergantung juga pada penyedia file sharing site.Andai server mereka tidak overload dengan ramai permintaan maka sedap lah tengok kelajuan download masuk dengan derasnya ke hard drive PC anda huhu.Tetapi malangnya bila time waktu siang.. alamak internet dah slow macam pakej awal dulu. Dan tambah-tambah lagi bila prime time menjelma iaitu sekitar 8 malam ke 10 malam.Dan sememangnya tak konsisten la kelajuan tu.. ada time laju sungguh, dan ada time mak aihh gile lembap huhu..

Tetiba selepas seminggu, yakni hari ni aku saja-saja nak jalankan balik speed test.Kali ni aku try 10 internet speed tester yang berlainan.. saja le nak bandingkan.Ujikaji dijalankan dengan setiap testing tu dijalankan satu persatu.Maknanya selepas abih satu test pastu diikuti pula dengan test lain pulak.Sebarang aktiviti yang melibatkan connection internet aku tutup demi memastikan kelancaran ujian.So solely connection internet akan dihalakan ke ujikaji tersebut.Dan hasil ujian buat aku nak tergelak hahahah!! Sama ada tenet bengong atau system testing tu yang bengong atau keduanya haha. Lihat hasil keputusan di bawah huhu.

KITA MULAKAN DENGAN YANG HASIL KEPUTUSAN TERENDAH KE TERTINGGI TAHAP TAK LOGIK

So hasil result ni memang logik la.. huhu. Sebab pakejnya memang tahap ni saja.

Hasil result ni pun dikira logik sebab technician tu berkata, TM sememangya akan ‘tembak’ lebih dari pakej yang kita mintak.. contohnya 1Mbps mesti akan jadi range 1Mbps – 2.0Mbps bila test kelajuan.

Hurm.. still dikira legit huhu.. sama macam maxis kat atas.

Still sama.. result boleh diterima.

Ohh nampaknya hasil result dah mula naik huhu.

Wah dasat.. try test guna DIGI website, macam dah makin melalut haha.. macam aku amik unifi pulak hoho.

Wahh ini dah macam standard kat US ni punya kelajuan huhu.

Ohh aku takleh bayang kalo speed internet aku camni.. perghh.

Ohh you gotta be kidding me.. huhu. Macam ni punya speed boleh meniaga la aku haha.. cepat-cepat sapa nak tumpang kelajuan. Sejam 5 hinggit huhu..

Ohh seriously 236Mbps?? huhu.. erkhh dah makin melalut seot speedtest ni.. glitch kat mana aku pun taktau.

Aku pun taktau parameter apakah yang di implement ke setiap sistem testing tu  sampai berlainan results.Adakah server penerimaan data yang berlainan? adakah sebab aku jalankan ujikaji ni pada waktu malam? adakah sistem coding interaktif testing ni yang bengong? Cer tengok 3-4 gambar kat atas tu.. kat bawah kanan sekali tu tercatat perkataan OOKLA. Andai kata OOKLA penyedia perkhidmatan testing kelajuan internet, kenapakah result berlainan huhu.. Ok lah aku pun malas nak fikir haha.. sapa yang berilmu dan kaji benda ni boleh lah bagi jawapan komen kat bawah huhu.Sekian sahaja.

 

Facebook comments: