Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Nurul Hidayatul Aiman Tukiman.Mari kita ikuti penulisan beliau.

Kali ni, tips-tips ketika menghadiri majlis perkahwinan buat anda yang suka menghadiri kenduri.

Pastikan tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri. P/S : jangan menghadiri majlis terlalu lewat. Kesian tuan rumah, diorang pun nak berehat.

Pakaian yang hendak dipakai semasa menghadiri majlis perlulah sesuai,kemas dan sopan. Contoh : baju kurung dan baju melayu.

Sediakan sampul jika anda ingin memberi wang sedekah. P/s : tak eloklah beri tanpa sampul.

Jika ada duit lebih, berilah lebih sikit kerana purata harga makanan untuk seorang tetamu (RM6/RM7), itu tidak termasuk doorgift lagi. Tuan rumah mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 10 untuk seorang tetamu.

Hadiah, diberi mengikut kemampuan ( kalau dah beri angpau, hadiah tak payah bagi pun takpa). ย Antara barangan yang selalu diberi semasa majlis perkahwinan ialah jam, album, set pingan mangkuk, tea set, dan set gelas. Jika ingankan kelainan, cubalah beri barangan yang sentiasa dipakai seperti periuk, frying pan, set sudu garfu @ cadar.

Jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan saat bersama mempelai untuk dijadikan kenangan.

Sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumah serta pasangan pengantin. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.

Facebook comments: