Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Secara rasminya pada 27/1/11 aku dah rasa aku ni makin dewasa.Wah sungguh ku tak sangka usiaku dah menjangkau 26 tahun…adusssss cam dah tua sangat tu beb! Andai dapat ku putar masa sweet 26 tu menjadi sweet 16 huhu! Rasa macam sekejap sungguh masa berlalu.Aku rasa kadang-kadang macam baru dok sekolah rendah tiba-tiba tengok todiaaaa dah 26 tahun dah..Dah melebihi suku abad pun usia ku ini.Seingat aku dah lama sungguh aku tak celebrate besday bersama kek.Tu pasai aku gatai tangan melukis cam kat atas kononnya nak lepas gian nak merasa kek.Kot la orang tengok tiba-tiba tepon aku nak bagi kek hahaha.

Apa-apa pun masa sambut besday time kita kecik-kecik atau kanak-kanak kandos dulu sangat best huhu! Time tuh wah ramai sungguh tetamu, aku taktau apa benda aku tau makan jaa..time orang dok baca doa selamat pun aku dok lari-lari main aci ligan dengan memba..pastu mak panggil makan, potong kek pastu men acilut ngan memba sampai belemoih.Tapi pelik kan.. asal besday ja mesti ada kek..Sapa la perintis sampai ke sekarang asal nak sambut besday mesti ada kek huhu… Awat tak tukaq bengkang kaaa..seri muka kaa huhu…

Last aku merasa sambut besday potong kek adalah time zaman U dulu..lama dah~ time tu sambut ramai-ramai kebetulan besday aku terharu sungguh huhu…since tuh aku tak berpeluang lagi dah potong-potong kek ni..sapa la nak bagi huhu.Aku teringin sungguh nak rasa kek Secret Recipe yang banana coklat tuh..perghh sedap hehe.So kepada mereka yang wish aku di FB atau pun di tepon aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi lagi ingat insan seperti aku ini huhu.

Ada gak insan yang suruh aku cipta lagu sempena besday.Tak sempat seot.Studio tak siap lagi.Masih still on progress (kumpul bajet).Banyak projek lagu-lagu terbaru masih KIV dan postpone.Untuk next year punya besday boleh la kot nak buat hehe.

Oleh itu tanpa membuang masa lagi aku nyanyikan sebuah lagu dari kumpulan wings (cover je) untuk santapan halwa telinga ampa semua.Nak banja ampa semua pakat dok bz keja la jauh la.So lagu Bernafas Dalam Lumpur bagi aku sangat memberi seribu makna dalam menjalin persahabatan yang kekal abadi.Terima kasih sekali lagi semoga sesiapa saja yang mengenali diriku ini dapat kita bersahabat selama-lamanya bertunjangkan ukhwah dan memperkuatkan tali silaturahim untuk kebaikan dunia sejagat.

Selamat terhibur~ hayati video di bawah….

Facebook comments: