Yaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Setelah berbulan-bulan menyepi dari aktiviti blogging maka kini aku kembali memeriahkan dunia blogging tempatan haha.Pada entri lepas telah aku katakan bila mana semua kerja IM aku sudah hampir-hampir sampai pada tahap autopilot, maka aku akan kembali berblogging seperti biasa hehe.So malam tadi sekitar pukul 8 malam camtu.. rumah aku hampir-hampir dimasuki ular.Aku pun taktau anak ular ini spesis apa sebab aku pun tak amik tahu menahu sangat pasal spesis ular ni huhu.. SEBAB.. aku sangat PHOBIA dan teramat-amatlah phobia terhadap binatang menjalar seperti ular ini.So dengan lebih tepat lagi aku ni tergolong dalam golongan Ophidiophobia or ophiophobia yakni kategori phobia terhadap ular.Susah nak menyebutnya haha.. Dari kecik lagi sebenarnya aku phobia ular ni dan juga binatang yang sewaktu dengannya means yang jenis menjalar dan meliuk lentuk memang bagi aku cam ohhh ngeri kot nak pegang.

Cerita ular nak masuk rumah aku ni dah banyak kali jadi dah.Tahun ni saja masuk 2 kali dah (termasuk kejadian tadi) ular hampir nak masuk ke dalam rumah aku.Peristiwa pertama terjadi pada awal tahun ni yang mana cuaca pada minggu tersebut hujan dan sejuk.Ular err… aku pun tak pasti spesis (kaler hitam) apa cuba untuk menjalar melalui pintu besi dan ketika aku buka pintu mak aihh terkejut beruk dibuatnya sebab ular tersebut kelepap!! jatuh betui-betui depan mata aku hoho.. dan belum sempat aku ambil sebarang tindakan ular tersebut dengan pantasnya terus menyusup ke dalam celah-celah lubang dinding.. ohh aku taktau nak buat camana aku pun spray lubang tu dan tutup dengan paper dengan harapan ular tu takkan keluar lagi huhu..

Tapi kejadian yang aku takleh lupa adalah pada tahun 2004.. memang buat aku meremang seketika jugaklah.. Time tu perut aku memulas gila babeng dan nak terberak sangat maka aku dengan pantasnya meluru ke tandas.Ketika saat aku baru buka pintu tandas.. makk aiih keceper~~! terjengoi ular melingkaq baik punya terjatuh dari celah pintu menghadap celah kangkang aku.. terkejut beruk meloncat aku dibuatnya! dan-dan hilang terus rasa nak terberak! dengan rasa terkejutnya aku pun menggelabah teruih lari.. padahal sepatutnya aku ambil kayu katuk.. tapi tulah spesis phobia ulaq macam aku apa pun takleh pakai! maka ulaq tu pun melarikan diri di celah-celah kotak kat belakang almari. Time tu arwah mak aku masih ada.. maka selepas aku habaq kejadian tersebut dengan pantasnya mak aku menggeledah abih belakang almari.. Tapi yang geramnya tak jumpa.. Aku sememangnya respek dan takbik abih kat arwah mak aku kerana keberaniannya.. arwah mak aku adalah hero, heroin dan superwoman dalam famili aku.Dia idola aku sampai bila-bila.Love you mom forever.. sob sob sob.. dipercayai ulaq tu masuk melalui tingkap tandas.. so selepas tingkap tandas dipalam.. aku rasa happy sikit nak berak pastu hehe..

So kejadian terbaru ulaq nak masuk rumah aku adalah malam tadi huhu.. sebenarnya aku tak sedaq pun time ulaq tu tengah menjalaq masuk dari pintu pagar hadapan.Nasib baik kebetulan member aku si Kuzik atau lebih dikenali dengan nama Neskepe Suam Kurang Ais mai rumah aku nak ajak pi makan.Dia terserampak ulaq tu slow-slow menjalar dari pintu pagaq hingga ke garaj kereta.Time tu maghrib.. aku tengah mandi dan solat la.Aku taktau lak yang si Kuzik ni tengah bertarung cuba untuk tangkap ulaq tu sebab menurut beliau ulaq tu menjalaq cepat ke tembok pagaq sedari apabila dirinya dikacau.Maka.. ketika beliau cuba untuk menangkap ulaq tersebut, aku pun dah mula pelik ada orang panggil nama aku hoho.. aku pun keluaq.. sekali tengok tudiaa haha.. anak ulaq berjaya ditangkap.. aku pun sebenarnya tak pasti ulaq spesis apa.. ish.. ish andai kata ada exam mengenai penamaan spesis-spesis sememangnya aku fail lama dah haha.. si Kuzik ni abaq, ni anak ulaq tedung selar.. dia pun tak pasti sangat.. yela anak ja baru hoho… perghh aku pulak dengaq nama spesis pun dah menggeletaq.. apatah lagi nak pegang kan.

So untuk gambaran yang lebih jelas meh layan gambaq-gambaq kat bawah huhu..

Ular yang masih menjalar-jalar.. tapi si kuzik selamba ja dok main-main

Ohh mamat ni selamba pi pegang bawak masuk dalam botol uhhh.. (nampak macam budak2 lak aku.. tapi nak wat camana dah aku phobia)

Ular tu dengan sendirinya menjalar masuk ke dalam botol

Ular apakah ini huhu.. tengok macam anak ular sawa ja huhu aku pun tak pasti

Haaa setelah di zoomkan.. bolehkah pembaca sekalian teka ulaq apakah ini?? huhu.. aku taktau ler dan malas nak google huhu..

Sebagai langkah pencegahan.. meh taboq belerang depan rumah huhu..

Ini bukan amalan khurafat ka apa.. secara saintifik belerang mengeluarkan sesuatu bau atau aroma yang tidak disukai ular untuk mendekati area yang ditabur belerang tersebut.. ada juga orang tua-tua cakap.. hiris bawang letak.. bau bawang yang tidak menyenangkan memang menyebabkan binatang menjalar tidak akan menghampiri.. apa-apa pun.. kita cuma berusaha untuk menghalang sesuatu bahaya berlaku… at least buat jugak sumthing dari berpeluk tubuh saja dan hanya berharap perkara sama tidak berulang kembali.

Nak kata belakang kawasan rumah aku hutan.. tak jugak.. kawasan tu dah jadi kawasan perumahan.. ntah maybe tersesat dari mana-mana hutan berhampiran lalu tetiba termasuk dalam kawasan rumah aku.Apa-apa pun syukur Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingin berlaku.. apa-apa pun.. esok  aku nak taboq belerang keliling rumah haha.. masa kejadian pertama dah taboq.. tapi dok hujan panas hujan panas.. abih berterbangan serbuk belerang.. so sekian saja entri kali ini hehe..

Facebook comments: