Salam semua pembaca aimannajmy dot com.Nampaknya dekat 2 minggu aku tak update blog huhu.Ada hal penting yang perlu selesaikan dahulu sempena kedatangan tahun baru ini sampai aku terlupa nak jengok blog kesayangan aku ini hehe.Ohh yaa tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca tegar blog ini.Bagaimana dengan azam anda?? Apa azam anda tahun ini dan adakah azam tahun lepas anda sudah berjaya ditunaikan?? azam aku tahun lepas pula memang sangat mengecewakan huhu! Hanya berjaya memiliki smartphone iaitu samsung galaxy s2.. Yang lain semua sekerat jalan… Erkhhhh!!

Dan berkenaan sayugia juga aku sangat berasa menyesal kerana tidak dapat keluarkan satu produk pun untuk tahun lepas… dan aku minta maaf banyak entri yang aku bagitau kata nak keluar material terbaru tapi tak kuar-kuar.Semuanya atas kelemahan diri aku sendiri yang tak pandai manage masa dengan sebaik-baiknya.Tahun ni banyak benda yang aku ingin capai dan harapnya tidak jadi seperti tahun lepas punya azam… tak sampai 95% pun berjaya ditunaikan..

Tahun lepas masa aku banyak dihabiskan dengan mengkaji dunia internet marketing… banyak benda yang aku dah belajar dan banyak tips yang aku dah dapat dan juga earning yang lebih baik dari tahun 2010.Setelah aku mengkaji tu mengkaji ni, try and error, study tu study ni, tanya tu tanya ni, dan juga bersengkang mata siang dan malam, maka aku mula mendapat rentak untuk menceburi bidang ini dengan lebih serius.Tahun 2012 merupakan tahun getir buat ku kerana aku telah bertukar bidang dari engineering ke bidang IT entreprenuer.Aku mengambil langkah berani ini kerana aku sangat minat bidang ini dan memikirkan potential income yang bakal dapat jika berusaha bersungguh-sungguh.Dan tahun lepas juga ada tawaran kerja kilang pun aku tolak… erkhh bodohkah aku?? huhu! ada juga pulun aku pi interview (kilang jepun), bila dipanggil 2nd interview nak sembang gaji dan penempatan aku tak mai… erkhhh konpem nama aku dah kena blacklist huhu!

Sebenarnya aku dah penah melalui bagaimana bekerja sebagai seorang jurutera kilang.Kerjaya jurutera memang sesungguhnya tak kena dengan jiwa aku…… dan dengan lebih tepat kerja bawah orang 9 to 5 memang memenatkan dan tidak enjoy.Aku ingin bebas dan melakukan apa sahaja, yakni bangkit kul berapa pun takpe, tidoq kul bapa pun takpa dan apabila bekerja tetap atau jurutera maka apa yang aku lihat untuk career advancement selalunya kena keep on jumping ke company lain untuk dapatkan lebih pengalaman dan boleh apply untuk kilang lain untuk demand kenaikan gaji……. melainkanlah kalo keja multinasional company cam sime darby atau petronas atau sebagainya, maka itu bolehlah stay situ sampai ke tua dengan increment yang agak tinggi.Tetapi aku menasihatkan adik-adik U yang sedang belajar jangan le contohi sikap aku ini… kalo dah niat nak jadi jurutera jadilahh.. kang sape dan bangunkan negara ye takk? hehe…

Kenapakah aku sangat minat bidang dunia internet marketing ini?? atau bahasa standard penggiat IM atau IT entrepenuer…… tentunya pulangan income menjadi sandaran utama selain kebebasan masa dan juga kewangan.Tapi itu semua bukan mudah…… bukan senang-senang nak masuk bidang ni kalo takdak ilmu yang secukupnya.Mesti mau studi abih-abih dunia ni dan potential yang bakal dapat.Sedar tak sedar hampir 2 tahun kot aku kaji bidang ini iaitu since Mei 2010. Lama tu…… nak ikut boleh dapat scroll master dah hahaha! Antara sebab aku tak produce karya baru untuk sayugia adalah kerana aku struggle dok eksperimen tu eksperimen ni.. Maka sekarang dah dapat rentak untuk tahun 2012 aku berazam untuk setkan segala kerja marketing aku tu ‘autopilot’ maka bolehlah bekarya balik.

Banyak pengorbanan yang aku telah lalui……. aku percaya, no scarifice no victory. Pengorbanan terbesar sekali aku ialah aku dah decide tinggalkan terus kerjaya jurutera untuk aku mendalami secara serius bidang ini.Walaupun pada hakikatnya time kat sekolah beriya sangat nak jadi jurutera..huhu.Andai kata arwah mak aku masih ada, taktaulah camana, maybe dia akan susah terima keputusan yang aku buat.Tapi Alhamdulillah abang-abang aku semua menyokong apa yang aku minat.Walaupun aku kadang-kadang susah nak cerita kat sedara mara apa yang aku buat huhu mereka susah nak paham..

Pengorbanan kedua, tentulah soal cinta dan kawin, dikala member-member pakat dah kawin dan juga pakat dating tiap-tiap minggu.Aku hanya di rumah mengkaji bidang ini, malah aku tidak ada mood langsung nak bercinta.Sebab, bila dah cinta dan mula start sayang maka, mulalah pikiaq nak kawin, dan sesungguhnya golongan self employed cam aku ni bukan mudah nak pinang anak dara orang senang camtu tanpa ada bukti pendapatan yang memberangsangkan untuk ditunjuk kepada bakal mentua.Sudah tentunya bakal mentua akan berkata begini “Eh mamat ni bekerja sendiri je mampu ke sara anak aku, pastu bakal cucu aku lagi..” So aku keep off radar dan tinggalkan kejap dunia cintan cintun ini yang mana aku penah kecewa dulu..

Azam aku… tahun ini memang mau blast dan tumpu abis-abisan dunia IM sebab aku dah bekerja sepenuh masa mengadap dunia ni.. kalo aku tak struggle abis-abisan abih la aku tak kawin le nampaknye dan awek mana la mau pandang huhu.Tapi aku tak kisah pun kawin lambat.. huhu.Impian aku mau berjalan satu malaysia puas-puas.. dan untuk long term plan, mau berjalan satu dunia.. live to the fullest huhu! Selain itu untuk perancangan Sayugia, aku akan terus bekarya selagi hayat di kandung badan, inilah minat yang lahir dalam jiwa aku.Mana boleh tinggal hehe.Dan akhir kata aku akan terus berjuang dalam bidang ini dan terus berkarya.Doakan aku berjaya.Aku juga akan berkongsi tips kat blog ini, dan juga nantikan karya terbaru sayugia.Erkhh banyak benda nak kena settle bulan ni.Sekian

Facebook comments: