Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Nampak sedar tak sedar dah hampir 3 minggu aku tak update blog.. dek kerana kesibukan aku atas job-job lain yang lebih penting, maka terabai sikit blog personal kesayangan aku ini.Cam biasa la perangai aku, niat nak update pastu dok tangguh dan terus tangguh pejam celik pejam celik eh dah tiga minggu.Maka tadi, tengah aku dok sibuk melakukan kerja -kerja online maka kekusyukan aku mengadap keja dikejutkan dengan bunyi sms.Maka bergegas aku menginjak kerusi untuk mengambil handset yang sedang dicharge yang terletak di sebelah meja workstation aku.Rupanya sms itu datang dari sahabat lama huhu.. namanya dirahsiakan.Sila baca text sms dibawah yang telah discreen capturekan.

Rupanya masalah cinta sabahat aku ini masih belum berkesudahan.Aku pun bagi la suggestion yang aku rasa patut.Aku bukannya pandai sangat pun dalam memperihalkan bab percintaan huhu.. sebab aku pun masih failed haha..Selepas membalas sms sahabat aku itu, maka terasa pulak nak update blog berdasarkan kisah sahabat aku ini.Maka aku tinggalkan kejap kerja online aku tu dan tiba-tiba terasa ada semangat pulak nak update blog personal.Berdasarkan kisah cinta sabahat aku ini yang masih belum menemui noktahnya atau dengan erti kata lain, cinta beliau itu tidak bertepuk sebelah tangan, maka dapat aku simpulkan soal hati dan perasaan memang sukar diduga.Ianya something yang unpredictable kerana hati manusia boleh berubah sekelip mata.. people changed.

Soal hati memang boleh diperungkapkan kepada pelbagai natijah dan frasa.Misalnya orang berhati kering… tak berhati perut, buta hati, hati suci, hati kotor, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Masalah hati juga menyebabkan sesetengah orang tidak tetap pendirian.Ikut hati mati, ikut rasa binasa.Melalui hati yang ikhlas juga dapat merubah segala keadaan.Kadang-kadang hati juga akan memberontak tak tentu hala.. so bila nak tenangkan hati balik maka banyaklah ingat Tuhan.Sebab tu orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana selalu mengingat Tuhan. So cerita bab hati ni sampai subuh pun belum tentu abih karang huhu.. maka sekarang ni aku nak skopkan lebih atau kaitkan soal hati dan perasaan dengan cinta.

Bila mengaitkan bab hati dan cinta ni sangat pelik huhu… contohnya bila kita pegi supermarket, pastu tengok kapel sorang cantik ya amat, sorang lagi mak aihh macam marang kerapun sepunden parang sekeper (sekadar begurau dan contoh), maka selalu mulut orang akan cakap, kalau hati dah syok, kira apa, hensem ka tak hensem, lawa ka tak lawa kaa, hati dah sayang kan.. nak buat camana.Begitu juga sesetengah orang bila dah kawin pun hati masih lagi teringat kekasih lama.Terngiang-ngiang.Yelah kita dah sayang, orang tu dah melekat di hati kita maka susah lah nak dilupakan.Ianya something natural dan memang natijah manusia memang begitu.Macam kita bela kucing gak la huhu.. kita belai dia sayang dia, tidoq ngan dia tiba-tiba satu hari dia mati kena langgar kereta atau bergaduh pastu hilang.. so manakan mungkin hati kita dapat melupakan macam itu sahaja? Even walau dah ganti dengan kucing yang baru memang takkan sama.Begitu juga setengah pasangan yang dah kawin lama tak mustahil tetiba si isteri atau suami berubah hati kepada insan lain.Masalah hati dan perasaan ini sangat complicated untuk dihuraikan atau dihujahkan kepada kesimpulan yang sama.Persoalan dan jawapan kepada masalah hati lebih bersifat dinamik.Kadang-kadang kita benci sebenci-bencinya orang itu.. tiba-tiba tup-tup ehh rasa macam sayang le pulakk.. huhu memang complicated persoalan hati dan perasaan ni untuk difahami.

Sedar tak sedar panjang le pulak aku membebel huhu, so balik kepada topik asal perbincangan iaitu mengenai masalah sahabat aku ini.. kalo dilihat kata-kata dalam sms tersebut, “Dia takut luka lama berdarah kembali..” (sila tengok gambar yang diattach kat atas).Aku bukanlah pakar percintaan tapi tulah, yang aku paham, member aku ni dah buat gadis ni terluka hati dan perasaan.. so gadis ni macam takmo terima atau sambut cinta member aku ni sebab takut akan dikecewakan lagi, atau hatinya akan terluka lagi.So member aku kali ni nak tebus balik la kesalahan dahulu dan sememangnya ikhlas nak mencintai gadis ni sepenuh hati.Begitulah kerangka persoalannya yang dapat aku huraikan sedikit sebanyak.Member aku ni pulak dah berterus terang via penulisan atau text. Tapi aku cadangkan nak gentlemen kena luahkan versi percakapan ler.. takpun nak lagi gentlemen luahan face to face.. huhu.Sekarangkan zaman Skype dan Facebook chat huhu.. so video call maybe dapat membantu.

Aku penah cadangkan jumpa ayah gadis ni terus hahaha, bagi aku dikala umur dah nak dekat 30 ni, tak perlu lagi kapel-kapel ke hulu ke hilir, terus saja approach nak tunang pastu kawin..tapi cam extreme sangat pulak pendekatan ni, yelah, gadis tu belum tentu suka kat kita lagi, tiba-tiba nak buat kemas pegi sembang ngan ayah dia.At least biar gadis tu sememangnya dah syok kat member aku ni boleh la terus masuk meminang ye tak huhu.. So suggestion terakhir aku, kalo luahan versi penulisan/text gagal, maka pendekatan seterusnya versi lisan/verbal atau percakapan lak.Dari raut wajah dan riak muka serta tutur kata yang ikhlas dari hati dapat membantu sedikit sebanyak mengyakinkan gadis tersebut.Tapi member aku ni bila dah call atau skype dia dah start gagap takleh nak berkata apa-apa huhu.. masalah le pulak kan.So nak better training le dulu sebelum cakap hahaha…

Tapi apa yang penting sekali… PEOPLE LOVE OTHERS NOT FOR WHO THEY ARE BUT FOR HOW THEY MAKE THEM FEEL!! Betul tak apa yang aku cakap ni huhu… cer tengok di sekeliling anda huhu,Kadang dalam masyarakat kita, orang jawatan tinggi kawin dengan orang biasa-biasa saja.Ada pulak si isteri jawatan dasyat-dasyat, si suami biasa saja hanya lepasan SPM.Yang kaya ada ja yang kawin dengan yang miskin… see?? i repeat huhu people love others not for who they are but for they make them feel! Tapi tulah bila bercakap soal feelings ni huhu jawapan kepada persoalan lebih bersifat dinamik huhu seperti mana aku dah terang panjang lebar kat atas huhuhuhu… Sometimes i feel like… you know, Feelings just like chemicals.. the more you analyze it the more you smell worse.

Mak aiih aku sembang serupa aku ni pakar percintaan lak huhu.. padahal aku sendiri pun gagal banyak kali dalam percintaan huhu.. buat masa ini aku lebih tumpukan untuk mencapai impian aku dulu beb huhu.. cinta boleh dicari.. impian yang susah nak cari, kena usaha baru boleh nampak depan mata huhu.. masih aku teringat kenangan dulu, dek kerana aku nak impress si dia, aku sanggup cipta lagu khas untuk dia.. last-last dia reject aku camtu jaaa setelah bertahun menanti hohoho.. tapi aku terima segalanya suratan takdir itu dan menganggap hati manusia tidak boleh dipaksa.. kita takleh paksa orang dengar lagu rock metal kalo dah hatinya minat lagu mendayu-dayu saja huhu.

AKHIR KATA.. Apa yang aku dapat katakan kepada member aku tu.. be yourself.Luahkan lagi dan serlahkan lagi keihklasan tu.. Jika niat kita ikhlas nak buat bini, InsyaAllah, pintu hatinya akan terbuka jua suatu hari nanti.Just keep trying bro.. don’t ever give up ok.. Tapi andai kata si dia memang dah takleh terima dah.. so anggaplah itu suratan takdir.. sudah tiada jodoh.Terima saja hakikat segala perjalanan hidup kita ini sudah ditentukan olehNya.Maybe ada yang lebih baik dari si dia yang sedang menanti bro huhu.. sometime what you want is not always what you really want.. but in the end, you will realize bro what you get is so much better than what you wanted.. err alamak betui ka sentence aku ni huhu… dan buat member aku tu, fikir-fikirkanlah dan selamat berusaha huhu… kalo nakkan pelangi yang cantik.. mesti nak kena redah hujan dulu kan? hehe.. 🙂

Para pembaca boleh juga memberikan pandangan untuk membantu sahabat aku ini hehe.. 🙂

 

Facebook comments: