Salam semua.Sejak seminggu dua lepas aku asyik dilanda sindrom kemalasan ja.Erkkhhh time aku rajin, rajin sungguh, time malas, haa jadi camni le huhu, nak taip entri terbaru pun jadi malas.Kalo dah malas apa pun tak boleh! Bila mana idea mencurah-curah nak menulis, kemalasan pulak melanda.Bila mana cam takdak idea time tu la baru pikiaq nak tulis.Ikut mood aku ja kadang-kadang nak tulis huhu.

Aku cuba nak jadi cam blogger lain cam zik, suri dan beberapa orang lagi yang setiap hari mesti ada ja entri terbaru.Not miss even a single day.Padahal diorang bukan full time blogger pun huhu tapi mampu buat entri baru setiap hari.Maybe dah menjadi tabiat depa kot kalo tak update blog walaupun sehari mesti tak senang duduk huhu.

Dah tu montaj video sayugia studio pun tak siap-siap lagi haddoi! Blogwalking + blogcommenting pun aku dah jarang praktik cam dulu huhu, kalo singgah pun sat ja sebagai silent reader.Aku tak singgah blog orang camana orang nak singgah balik blog aku ye tak huhu.Len la kalo blog ni ramai peminat setia haha.

Nasib baik le ada penulis tamu cam Miss A.T. Beliau merupakan tunang kepada member aku huhu dan beliau akan melangsungkan perkawinan tak lama lagi.Kalo tak berabuk le blog ni tanpa kekerapan entri terbaru huhu.Susah sungguh nak mencari momentum kerajinan.

Aku harap bulan Julai ni aku mampu menjadi rajin sikit dengan entri terbaru serta release lagu terbaru Sayugia.Ramai yang dah tanya takde lagu baru ke huhu.First videoklip Sayugia pun dok tak abih-abih lagi pra-produksi huhu.Ntah bila nak siap nak masukkan effect semua.Nak kena bersengkang mata mengadap After Effect dan Adobe Premiere.Susah kalo buat sorang diri ni huhu.Take time.Keja len pun nak kena buat jugak.Bandmate lain tak tahu menahu sangat bab-bab effect ni.

So akhir kata, doakan aku supaya menjadi seorang yang rajin dan komited dengan keja huhu.. Amin.. 🙂

 

Facebook comments: