Salam semua kepada pembaca setia aimannajmy dot com.Dan bagi mereka yang betul-betul setia mengikuti blog ini perasankah anda terdapat ruang penulis tamu untuk blog ini? Ya dalam awal tahun lepas aku ada mengadakan ruangan penulis tamu untuk blog ini.Aku membuka ruangan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa ja menyumbang hasil tulisan mereka dalam pelbagai topik yang mereka suka.Tak kisah apa pun.Maka insan yang paling banyak menyumbang untuk ruangan tersebut adalah Nurul Hidayatul Aiman Tukiman yang mana beliau kini sudah pun berkahwin dengan member baik aku juga iaitu saudara mufti pada 26/11 (pihak perempuan) dan 27/11 (pihak lelaki).

Untuk membaca tulisan yang beliau tulis dalam pelbagai topik maka bolehlah belek balik post-post yang lepas takpun klik ja kat kategori penulis tamu sebelah kanan widget ni hah. Diharapkan apabila beliau sudah berkawin nanti maka bolehlah menyumbang lagi hasil tulisan beliau jika ada masa dan kelapangan.Dan aku sangatlah menghargai penulisan yang beliau sumbangkan.Selain itu jika anda berminat nak menyumbang tulisan apa-apa saja topik maka bolehlah sendkan kepada saya untuk dipublishkan.Adalah penting bagi blog ini untuk menvariasikan pelbagai jenis topik demi mensasarkan pelbagai kelompok pembaca selain daripada menceritakan minat aku dan kisah realiti hidup aku huhu.

Akhir kata aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nurul Aiman Tukiman dan pasangannya iaitu Mufti Osman.Moga kalian berdua dapat membina keluarga yang bahagia dan menjadikan alam rumah tangga rumahku syurgaku hehe.Dan kepada Nurul Aiman, jika hang baca post ni, jangan segan-segan lagi noh menyumbang penulisan hang tuh huhu.. lagi panjang lagi best, ralit sikit baca hehe.Dan aku juga tidak sabar untuk melihat junior mereka berdua tahun depan hoho.Selamat berhoneymoon hoho… pilihlah destinasi yang sejuk-sejuk baru best haha.Sekian.

Facebook comments: