Salam semua kepada pembaca sekalian.Pertama-tama kalinya aku ingin memohon kemaafan atas segala kesilapan sama ada tidak sengaga atau disengajakan sepanjang aku menulis dalam blog aku ini.Aku manusia biasa.. tak lepas melakukan kesilapan.Pejam celik pejam celik masa pantas berlalu.Maka sedar tak sedar hari raya pun kunjung tiba.Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H kepada semua pengunjung dan pembaca aimannajmy dot com.Maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa ke apa ke ek huhu.Lama sungguh blog ini tak berupdate disebabkan aku busy dengan kerja-kerja lain yang lain lebih penting.Sebenarnya banyak cerita nak tulis.Tapi memandangkan aku asyik dok teringat projek IM yang masih terbengkalai.So jadi cam takdak mood lak nak menulis atau update blog ni huhu.Susah betui aku nak jadikan blog ni sebagai FB ke 2 huhu.. Yelaa FB hari-hari buka.. blog pulak jarang-jarang buka update. Kan syok kalo jadikan blog personal ni cam FB hahaha..

Aku akan kembali aktif menulis bila mana kerja aku betui-betui selesai dan di’scheduled’kan.Gambar kat atas masa raya time kecik-kecik huhu.Apa? Gambar sekarang..? ok amik gambar tu masuk photoshop ‘liquify’ bagi jadi gemok dan tinggi.Itulah lah aku sekarang haha.. sejak aku dah gemok ni memang jarang aku amik gambar huhu.Tunggulah bila aku dah tough dan ada 6pax nanti boleh lah aku upload gambar terlatest hahaha.Tambahan lak musim raya ni, mak aihh lagi sakan la berat aku naik mendadak.Aku kalo bab makanan sedap-sedap dan best ni memang susah nak lawan nafsu haha.. balun jaa.Makan selagi boleh makan.

Tahun ni cam biasa.. raya sebagai orang bujang.Tengoklah tahun depan kalo ada jodoh dan rezeki lebih.Boleh lah kot raya buat kali pertama dengan bini.Aku hanya merancang Tuhan menentukan.Tahun depan dah 28 huhu.. aku target sebelum umoq 30.. tu paling lewat la untuk aku menikmati kenikmatan berumah tangga.Takleh lama-lama sangat beb.. member-member aku pakat dah tambah anak dah dari tahun ke tahun.Aku pulak dok tambah lipatan lemak kat perut ja dari tahun ke tahun huhu.

So akhir kata.. selamat berhari raya dengan suasana ceria dan penuh dengan hilai tawa sanak saudara.Andai kata anda ada buat rumah terbuka.. so jangan segan-segan jemput aku yek haha.. aku bab makan memang laju jaa.Kawal kolesterol anda dan pastikan perjalanan anda ke rumah sanak saudara dengan mematuhi undang-undang jalan raya.Biar lambat asal selamat.Kuih raya banyak, nak kalut pi mana ye tak huhu.Semoga raya tahun ni dapat kita hayati kenikmatan syawal yang Allah kurniakan kepada kita setelah sebulan berpuasa melawan nafsu dan melatih diri menjadi hambaNya yang terbaik.

Facebook comments: