aimannajmy dot com

Hari ini hari pertama bagi semua umat islam seluruh dunia menyambut 1 Ramadhan 1434H dengan berpuasa selama 30 hari.Oleh itu aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa dan semoga dapat menjalani ibadah dengan penuh tekun dan tawadduk.Hakikatnya blog aku ini kurang update dan blogwalking untuk menjemput pembaca baru huhu.. so sememangnya sepi tanpa komentar dari pembaca.Apa pun aku cuba akan memberikan yang terbaik kepada maybe 4-5 orang pembaca setia dan pembaca baru hehe.

Sedar tak sedar tahun ni tahun keempat blog ini beroperasi atau online ketika bulan Ramadhan.Syukur aku mampu lagi bayaq duit hosting dan domain haha.Andai kata guna platform free sudah tentunya blog cap ayam aku since zaman U still lagi hidup tapi haram tanpa update haha.Bila ada blog berbayar ini, maka bagi orang macam aku ni sesungguhnya akan rasa lain macam kalo blog ni tak update pada suatu jangka masa yang lama.. kerana.. hati aku nanti seraya berkata.. ” Oh tidak aku dah bayaq duit hosting dan domain, tapi apa pun tak update, baik tak payah beli huhu..”

Andai kata aku hanya ada blog ini saja untuk aku tumpu nescaya, bukan saja setiap hari aku update, malahan sehari 3 kali posts haha.Silap-silap sehari aku boleh blogwalking 100 blog sekaligus dan secara tidak langsung dapat menarik pembaca baru 100 orang sehari dan makin kerap singgah dan menonjol komen pada blog famous sudah tentunya lagi kencang pelawat baru akan singgah blog ini.Bila pelawat makin kencang maka bolehlah bid atau marketkan blog untuk diadvertisekan.Tapi…. tapi… tapi.. haha aku banyak blog dan website yang perlu aku handle dan manage yang mana menjadi sumber income aku.So sememangnya blog personal aku ni memang sangat terabai.

Zaman kegemilangan blog personal aku ni hanyalah pada tahun 2010 dan awal 2011.Time tu memang hampir 70% aku tumpu blog ni dengan banyaknya karya terbaru Sayugia dan kekerapan aku blogwalking nonstop setiap hari menyebabkan traffik mencanak naik nonstop beratus-ratus orang sehari haha.Apa pun aku masih berharap blog ni akan kembali ke era itu haha.

Maka sekian sahaja update kali ini.Pesanan aku jangan mandi lama-lama sangat dalam bilik ayaq haha makruh.Berbuka puasa orang bujang seperti aku sudah tentu bazaar ramadan menjadi destinasi utama mencari lauk haha.Kuih yang standard aku salu beli adalah murtabak dengan samosa, then kuih manis-manis tentunya Seri Muka huhu.. tapi aku sangat memilih, aku hanya cari Seri Muka yang feel dan rasanya homemade style yang topping guna real daun pandan.Lepas tu aku beli siap-siap lauk untuk berbuka sekali dengan soq (sahur).

Ok akhir kata selamat berbuka puasa nanti dan juga jangan lupa untuk bertarawikh sekali. 🙂

Facebook comments: