aiman-najmy1

Salam semua.Di kesempatan ini saya aiman najmy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengungjung2 yang pernah berkunjung ke blog saya yang berusia hendak menjangkau 3 bulan ini.Pohon maaf jikalau blog ini menyinggung perasaan sesiapa sama ada secara langsung atau tidak langsung.Semoga di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini dapat memberikan kita hidayah dan kekuatan dalam mengharungi liku-liku perjalannan seharian kita dan moga urusan perjalanan hidup lebih terasa barakah dengan roh ramadan kurniaan Allah untuk hambaNya.Di samping tuh moga kita dapat memperbanyakkan amalan sunat demi menambah dan melipat kaligandakan pahala kita sempena kedatangan bulan ramadan ini.Sungguh terasa masa berlalu begitu pantas seakan-akan ramadan tahun lepas baru sahaja kita tempuhi.

Di samping itu saya akan cuba untuk menyiapkan projek seterusnya.InsyaAllah kalo ada kesempatan untuk menyiapkannya.Melodinya sudah ada cuma liriknya belum ada.Apakah projek itu? Ya lagu raya.Saya telah mendapat idea untuk mencipta lagu raya.Akan saya usahakan untuk siapkannya, al maklum la bulan-bulan puasa ni produktiviti agak kurang di samping bandmates yang lain didatangi dengan masalah kesibukan kerja.Apa2 pun in case ianya tak dapat disiapkan lagu tersebut akan bertukar menjadi lagu stdard sayugia la jawabnya, bukannya lagu bertemakan raya lagi hehe.Ok sampai di sini saja coretan saya kali ini.Moga ramadan yang datang ini membawa anda ke satu destinasi ibadah yang penuh dengan keberkatan. Salam ramadan~ Tinggalkan perkara yang haram untuk dapatkan yang halal.

Facebook comments: