hari kantin sekolah menengah bedong

Salam… ya tiba-tiba hari ni aku nak rajin update blog haha.. jari jemari rindu pulak nak menaip hohoho.. dah berminggu-minggu takdak update.Maka dalam 2 minggu lepas iaitu 21 September 2013.. telah berlangsung sambutan Jubli Emas sekolah aku dulu yang mana terletak dekat sahaja dengan rumah aku. hahaha.. aku pi sekolah dulu naik gerek jaaaa… tak jauh mana kan.So sedar tak sedar sudah 50 tahun nampaknya sambutan hari kantin sekolah aku ini.. lama kot since 1963.. tapi aku yakin sekolah menengah kebangsaan bedong ni rasa macam ditubuhkan lagi awal hahaha.. majalah sekolah aku ntah sudah dalam almari yang berhabuk tak ingat.Pada mereka yang sezaman dengan aku SPM iaitu tahun 2002 dan bersekolah di Kedah atau umumnya di utara.. masihkah anda ingat pada novel English The Return? Time tu kan zaman bermulanya KOMSAS.. so aku yakin budak-budak sekolah belah utara diwajibkan baca novel Julia dengan Perlumbaan Kedua bagi Bahasa Melayu.. mana kala Bahasa Inggeris.. dah tentu novel The Return dengan The Pearl.. so nak dijadikan cerita.. watak dalam The Return si Ravi tu kisah hidupnya segala bermula di Bedong.. dan tempat dia dibesarkan adalah belakang sekolah SMK Bedong lah.. dahulu belakang sekolah adanya hospital kerajaan.. Maka waktu aku sekolah menengah dahulu… bangunan tinggal hospital masih tersergam indah… dan agak scary sebab ada lagi katil-katil pesakit huhu.. Ok cukup pengenalan takat tu hahhaha.. panjang lebaq pulakk.

Banner hari kantin sekolah

Aku berkesempatan mengimbau nostalgia lama dengan mengunjungi Hari Kantin dan serentak dengan sambutan Jubli Emas yang dianjurkan pihak sekolah.. so macam biasa.. takdak la apa menarik sangat kan… huhuhu… besa la.. budak-budak sekolah meniaga.. ada aktiviti pelajar dengan guru.. ada persembahan huhu… beli makanan atau sertai contest dengan kupon.. dan pelbagai lagi.Aku cuma mai nak teringat kenangan lama jaaa… lalu kelas lama aku.. lalu tempat aku lepak.. lalu kantin.. lalu tandas.Sudah 11 tahun kot aku tinggalkan sekolah ini.. pelbagai onak duri.. suka duka.. terngiang-terngiang di sanubari.Zaman sekolah sangat hepi.. takyah fikir apa-apa… seronok bersama kawan-kawan.. belagak macho depan gadis.. aktiviti sukan.. sekali sekala ponteng sekolah… sekali sekala penaya kawan.. sekali sekala penaya cikgu huhu maksudnya bergurau (jangan ikut).. it’s simply vivid memory that can’t be easily forgetten… so aku pun malas nak berceloteh panjang.. hayati saja gambar di bawah huhuhu..

hari terbuka sekolah bedong

Pelbagai pameran dari banyak agensi dan unit

gerai meniaga adabi

Produk-produk tempatan dan juga IKS turut mendapat tempat..

khemah meniaga

Macam biasa kalo hari kantin.. budak-budak sekolah menceburi bidang keusahawanan huhu… budak-budak negaaaaa~

keusahawanan pelajar sekolah

Cikgu-cikgu jua amik kesempatan berniaga huhuhu…

bakat pelajar menyanyi

Pelajar cilik menunjukkan bakat nyanyi haha.. amik gambaq time dia tengah nyanyi… sajaaa nak tengok reaksi dia huhu..

hari kantin sekolah

Jalan-jalan.. takleh usya gadis sangat.. semua budak2 lagi.. jalan-jalan usya cikgu pompuan single leh laa hahaha..

Shoot gambar dari jauh

Snap jangan tak snap huhu..

suasana sekolah

Pondok tempat lepak time rehat.. bangunan pelajar.. kat sini dok lepak-lepak ngorat gadis..

makmal kbsm 1

Kelihatan pelajar tua bangka tak sedaq diri.. tengah bincang nak ponteng masuk makmal..

pelajar sekolah bedong

Budak-budak kolah… kecik kecik cinonet…

imam muda 2

Juara imam muda musim dua turut mai memberikan ceramah… huhu.. aku amik gambaq dari joh jaa

cikgu sekolah bedong

Cikgu gangster… ex classmate aku jugak dulu..

tapak perhimpunan sekolah bedong

Macam-macam acara buat kat atas pentas tu..tak sempat lak aku nak snap…

kupon hari kantin sekolah

Ohh harga kami seringgit jaaa… sapa nak beli.. mai mai… sekilo seringgit.. sekilo seringgit…

Proton Surpima S BAHARU

Pameran kereta pun ada… Proton Suprima S…

3 sahabat sejati

Ambil gambar kenang-kenangan di kelas lama dahulu.. suma pakat jadi bapak orang dah huhu

3 sahabat bedong

Tangga bilik guru… sapa penah jadi ketua kelas.. tangga ni la dok turun naik.. turun naik.. jumpa cikgu kelas dan buat repot sapa ponteng huhu

bergambar kat tangga

Gambar cerah sikit dari atas.. tangga ke bilik guru..

waris para pelajar

So amik flyers apa lebih kurang ngan tegur-tegur cikgu yang masih ada..(mostly 70% cikgu aku dulu dah pencen).. pastu blah huhu…

Banyak sungguh memori yang sukar aku lupakan… dan terasa masa sangat berlalu pantas.. 11 tahun berlalu sekejap saja.. pejam celik.. pejam celik.. dah 11 tahun.. masih segar dalam ingatan naik basikal panas-panas pegi sekolah huhu.. terasa macam mahu kembali ke zaman sekolah.. ke zaman ada rakan-rakan.. ada aktiviti ko kurikulm… camping dan berkelah bersama rakan taulan… tapi apakan daya.. ianya sudah menjadi lipatan sejarah yang tak mungkin dilupakan.. kini ramai sudah mencari haluan hidup masing-masing dan ada juga rakan-rakan yang terus lesap dan berdesup hilang tanpa kabar berita. Bagi aku zaman belajar semuanya best dan ada signifikan memori yang tersendiri… zaman matrik pun best juga.. dan zaman U pun lagi best.. pendek kata zaman belajar adalaha zaman yang tak perlu fikir apa-apa tentang tanggungjawab.. just enjoy belajar.. dan nikmati masa muda dengan sepenuhnya… Sekian sahaja update kali ini.. hehe.

Facebook comments: