aimannajmy-raya

Di kesempatan ini saya aiman najmy ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua yang pernah mengenali aiman najmy.Pohon kemaafan dari saya andai ada terkasar bahasa atau menyinggung jiwa para pembaca aimannajmy dot com selama ini.Maaf zahir dan batin.Saya manusia biasa kadang-kadang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Bersama-sama kita rapatkan ukhwah dan silaturahim dengan menziarahi satu sama lain.Dan tidak semestinya raya saja baru nak mintak maaf, baru nak kenai2 dan rapatkan antara adik beradik,sedara mara, kawan-kawan dan sebagainya.Marilah sama-sama kita mengingati antara satu sama lain perhubungan sesama insan yang menjamin keredhaan Allah.

Raya kali ini adalah buat pertama kalinya saya beraya di KL.Sebelum ni tiap-tiap tahun saya beraya di Johor.Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan maka terpaksa beraya di KL sahajalah tahun ni.Sebenarnya dari kecik lagi saya memang beraya di Kedah.Kampung saya dan saya sendiri orang Kedah.Biasalah saya ni lone ranger, so bebas beraya di mana sahaja.Mak dan ayah sudah tiada, so tiap-tiap tahun raya rasa seperti biasa sahaja.Kemeriahan ketika dahulu tidak begitu dirasai.

Bestnya raya bila dapat kumpui sekali adik-beradik dan dapat melihat telatah anak buah yang semakin ramai dan semakin membesar.Tapi tahun ni nampaknya masing-masing separate atas kehendak kerja dan sebagainya.Tinggal lah saya dan abg saya (ihsani) yang belum berkawin beraya berdua tahun ni.Cadangnya selepas lepak KL sat pastu mau pulang ke Kedah untuk beraya di sana pula.Kengkawan sahabat handai dan juga saudara mara menjadi destinasi untuk kami ziarahi.Sedey gak sebenarnya taun ni tak dapat beraya di Johor untuk berkumpul semua sekali.

Ok itu sajalah kisah raya saya taun ni, takdak apa yang besh yang hendak dikongsikan.Maybe pas beraya boleh update kisah-kisah pegi beraya rumah kengkawan dan sanak saudara.Sekali lagi ampun maaf dipinta andai diri ini ada buat salah dan silap.Kalo ada sesiapa yang buat rumah terbuka tuh.Jemput2 la ye hoho.Gambar budak mana la kat atas tuh ya.

Facebook comments: