aimannajmy yang dah gemuk macam kungfu panda bersama dengan si fido pengantin baru

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Lama sungguh tak update blog ni ye.Selain aku dok bz upgrade studio dengan kemas-kemas umah.Aku juga dok bz tolong-menolong member aku si fido yang mana telah selamat diijab kabulkan pada 27/5.Kenduri pihak lelaki 28/5 dan pihak pompuan pulak 29/5 huhu.Direct 3 hari berturut-turut aku dok lepak umah si fido dok tolong apa-apa yang patut.

Rumah si Fido a.k.a Pidoih atau nama sebenar Muhd Firdaus dekat ja dengan umah aku ni.Sekentut ja dah sampai hehe.Umah pengantin perempuan pula dekat juga.Setanak nasi sampai la tak jauh mana pun.Isteri si fido juga adalah rakan satu sekolah rendah dengan beliau cuma masa tu tak kenal sangat lagi ye la budak-budak je.Pastu bila mana masing-masing dah abih belajar bertemu balik pastu masing-masing pulak solo dan pastu bercinta dan akhirnya kawin hehe.

Aku berkawan dengan Fido ni sejak dari kecik iaitu since sekolah rendah dari darjah satu sampailah sekarang.Fido juga satu kelas dengan aku masa sekolah rendah.Rumah aku dengan dia yang berdekatan sebelah menyebelah taman menyebabkan kami salu lepak sama-sama time kecik, men game TV lah, men beskal lah, pastu dah besaq sikit men PSone lah dan macam-macam lagi.Kiranya kalo aku mengimbau kenangan time aku kecik-kecik, maka watak si fido ni akan muncul le dalam kotak bayanganku hoho

Fido dan Junita pasangan pengantin baru

Terasa cepat sungguh masa berlalu.Sorang demi sorang member aku dah tamatkan zaman bujang.Tahun ni saja belambak-lambak hoho, tambah-tambah cuti sekolah akhir tahun ni.Perghh! Jenuh tak menang tangan nak pi.Aku ja masih memegang status single-mingle hoho.Akhir kata moga Fido dan pasangannya Junita bahagia kekal selamanya hingga ke anak cucu cicit piut miut zaman berzaman.

p/s : aimannajmy pulak bila nak kawen? err ntah tunggu bisnes blogging berjaya dulu kot hoho!

 

Facebook comments: