Restoren Masakan Thai
Salam semua kepada readers blog ini.Entri kali ini bersambung dari kisah lepas iaitu Lepak Jeti Semeling Sambil Makan Angin.So lepas amik gambaq lebih kurang kat Jeti Semeling maka masa yang ditunggu-tunggu untuk aktiviti lahap-melahap pun tiba hehe.Majlis makan-makan ini dianjurkan dan juga dibelanja oleh sahabat karib aku iaitu Encik Game Besa iaitu sempena farewell beliau menamatkan zaman bujangnya.Nasib dia tak buat bachelor party haha.Aktiviti lahap-melahap ini diadakan di restoren yang berdekatan saja dengan Jeti Semeling.Kira kalo dah malas naik keta boleh saja jalan kaki dari jeti terus ke restoren ini.

Restoren D’Dilla terletak betul-betul bersebelahan dengan Titi Semeling.Bagi sapa yang mungkin berminat nak mencuba juadah atau masakan dari restoren ini maka bolehlah singgah.Hint untuk sampai ke restoren ini senang saja.Ianya betul-betul terletak dihadapan simpang masuk ke Jeti Semeling dan juga bersebelahan dengan Titi Semeling.So panduan mudah,keluar saja dari tol exit Sungai Petani utara maka anda hanya perlu straight sampailah anda jumpa signboard yang menunjukkan simpang ke kanan menuju ke Semeling.Sapa yang ada GPS boleh saja terus tick lokasi ke Titi Semeling.

So restoren ini menyediakan masakan ala thai dan juga seafood.Kawasan parking juga luas dan selesa untuk datang bersama keluarga.Bagi aku juadah paling best dan mantop tentulah ikan bakaq huhu! Sebab sambal dia memang mantop.Tambah-tambah lagi kalo makan chemei (bahasa kedah yang bermaksud percuma).So untuk mengetahui dengan lebih detail juadah apakah yang kami melantak maka bolehlah tengok video yang dilampirkan kat atas huhu.Rate kesedapan (bagi akulah) memang 5 bintang.Dari segi servis memang apa yang diorder cepat sampai.CUMA kalo datang waktu prime time kul 7- 9 malam camtu memang restoren ni penuh dengan pelanggan, terutama kalo time cuti perghhhh… kadang-kadang bila mai waktu prime time terpaksa tunggu turn sebab meja penuh.

Aku selalu juga mai restoren ni time-time cuti terutamanya, makanan favorite aku selain ikan bakaq adalah kueh teow kongfu takpun kuew teow hong kong ataupun kuew teow ladna.Tiga jenis kuew teow tu ja menjadi pilihan aku hehe.Masakan ala thai len best juga tapi aku lebih prefer yang ketiga-tiga tu sebab marvelous huhu.Tapi time pi kali ini dah game besa ja banja aku bedal ja hahaha.Dari segi harga memang OK memang normal dari dulu aku dok pi sampai sekarang memang ada peningkatan sedikit harga.Biasalah dari tahun ke tahun barang harga tidak menentu.Tapi overall memang tidak membebankan poket anda sesuai dengan kualiti makanan yang disediakan.Anda boleh cuba dan nilai sendiri hehe.Mai time petang memang sempoi.Lepas anda penat berjalan di sekitar jeti, perut pun dah lapar boleh singgah terus sajer hehe.

Akhir kata, terima kasih kepada Encik Game kerana sudi belanja kawan-kawan yang rapat dengan beliau.Aku mendoakan agar beliau menjadi suami yang baik dan juga ayah yang baik kepada anak-anaknya.Semoga beliau dapat meniti alam rumah tangga dengan penuh kesabaran.Alam bujang tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan yang memerlukan komitmen berterusan.Sekian.Layan gambar-gambar kat bawah dan video kat atas.Jangan telioq sudah hahaha.
Ikan Siakap

Ikan siakap fresh sebelum dibakaq huhu

Ikan Siakap Bakar

Ikan siakap yang telah siap dibakaq pastu ditelak sambal kat atas plak perghhh mantop

Air Asam Cecah

Pastu isi ikan siakap tadi cecah pulak ayaq asam….perghhhhh terangkat beb!! Berpeluh-peluh huhu.

Facebook comments: