Ya salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Even though tajuk post ini adalah dalam English, tapi aku tak tulis la post ini dalam English.. Huhu.. Anda penah dengar Rage Comic?? Maybe tak penah ye tak huhu.. istilah meme penah dengaq tak? Pun tak penah dengaq ka huhu.. tapi 9gag? Aku rasa ramai yang tahu kalo sebut pasai 9GAG. Kalo yang masih tak tahu 9GAG itu nampaknya anda memang jarang bukak facebook takpun friend dalam facebook anda semua skema-skema sahaja. News feed facebook anda maybe berkaitan kisah kawan-kawan sahaja, takpun tiada langsung kawan-kawan anda yang post cerita-cerita troll haha.So apa kejadahnya rage comic ni? meme? troll? Ok bagi mereka yang mungkin taktau.. istilah meme tu merujuk kepada idea atau gaya hidup yang mencerminkan budaya sesuatu masyarakat ataupun stigma sosial dalam hubungan sesama manusia yang dijelmakan atau diluahkan dalam bentuk penulisan atau lukisan atau juga sindiran yang berkembang secara rapidly sesama manusia.Wah panjang betul ye penerangan.. ini just ringkasan aku.. huhu nak tau lagi detail tanya pakcik google ye hoho..

So apabila ia dikaitkan dengan internet culture sekarang ataupun lebih tepat dengan term ‘internet meme’, maka ianya merujuk kepada konsep yang aku dah terang kat atas yang ianya berkembang dengan cepat sekali di pelbagai medium internet sekarang seperti facebook, forum, youtube dan sebagainya.Maka selari dengan itu wujud lah term seperti meme face atau meme troll untuk menggambarkan konsep tersebut yang selalunya dijelmakan dalam bentuk sindiran atau jenaka ringan.Maka rage comic adalah internet meme yang dijelmakan atau divisualkan dalam bentuk komik yang mengandungi karekter yang mencirikan emosi tertentu seperti sedih, gembira, marah dan sebagainya.So mengikut apa yang aku baca menerusi internet ini.Rage comic sebelum ia berkembang dengan popular seperti sekarang pada mulanya atau asalnya dari website 4chan.Website ni webmaster ataupun foundernya ialah Christopher Poole yang mana hasrat beliau menjadikan website tersebut tempat bagi menempatkan segala karya atau kandungan di internet tanpa perlu mendaftar yang mana fokusnya lebih kepada gambar ataupun imageboard.

Maka bermula dari situ ianya berkembang dan menjadi semakin popular dan siapa pencipta watak-watak rage comic secara tepatnya takla aku tahu.. huhu.Siapa rajin google cari la info berkaitan haha.. So apabila benda ni berkembang pesat dan populariti semakin meningkat maka muncul lah website 9GAG yang mana fokusnya lebih kepada unsur homour dan sindiran yang mana ramai pelayar internet boleh sumbangkan karya masing-masing.Macam-macam la istilah selain rage comic, seperti meme fun, meme troll dan sebagainya.Sememangnya sangat lah banyak karekter yang dicipta dan seterusnya menjadi popular.Antara yang popular adalah seperti..

Dan.. banyak lagi la meme face ni huhu.. terlalu banyak.Boleh kata setiap bulan ada saja yang baru.Tapi tak semua kekal popular contoh macam karekter kat atas tu hahaha.. Banyak jugaklah yang kerap atau meme face yang top dan selalu digunakan.Antaranya contoh macam kat bawah..

So rancaknya dunia pembikinan humor meme ni ditambah lagi dengan adanya application dalam peranti iOS ataupun Android.Maka ramai lah pengguna iphone atau android di seluruh dunia yang rajin bermain apps tersebut dengan membuat lawak jenaka berdasarkan ‘internet meme’ dan juga isu terkini yang melanda dunia kini.Bagi pengguna android yang ingin cuba buat meme fun sendiri atau rage comic sendiri maka anda boleh lah download apps Rage Comic Maker di android market atau Google Play.Dah download boleh lah anda reka lawak anda sendiri huhu.. ataupun apa sahaja berkaitan isu semasa.Appsnya sangat mudah.. hanya drag and drop karekter mana-mana yang berkenan pastu taipkan saja apa-apa saja text atau pun anda boleh add sendiri gambar anda untuk di’meme’kan.Selain itu ada juga fungsi untuk anda lukis sendiri karekter dan tambah-tambah apa lukisan yang patut.

So tanpa membuang masa lagi mari tengok hasil nukilan aku dengan apps ni hahaha… kadang-kadang aku cam bosan main game kat android. Aku dok layan gak apps ni huhu.. Sama ada ianya lawak atau tak terpulanglah haha.. kadang-kadang idea mai spontan.. so just drag and drop tambah text sikit settle satu komik huhu.. enjoy~!!

 

Adakah anda pun mengalami sindrom yang sama?

 

Haha.. inilah aku masa 1st pakai android phone

Demam EURO

Aku benci baca artikel pasai politik huhu..

Ni selalu berlaku kat aku time makan kat mamak

Time ni aku buat live rage comic masa lepak minum dengan member huhu

Adakah anda facebookers seperti dibawah?

Rage comic semuka

Hahaha.. setakat ini dahulu ya karya buat masa ini.. nanti bila aku dah banyak kumpul karya rage comic aku maka entri ini akan masuk bahagian yang seterusnya pulak huhu.. jadi best lak main dengan apps ni huhu.So dalam banyak-banyak karya ataupun hasil idea drag and drop aku secara spontan bosan-bosan.. manakah yang anda rasa boleh buat tersenyum huhu.. kalo nak gelak.. alamak idea aku takdak sampai tahap kartunis Lambok yang dasat itu yang buat gelak guling-guling huhu.. so kalo anda memiliki android phone, boleh lah mencuba apps ini dan aku sangatlah teruja nak baca idea ‘drag and drop’ korang huhu.. Sekian sahaja yer.. entri ini sememangnya akan ada banyak part.. huhu.. Nantikan.. Tunggu~~!!!

Muahahaha~~~!!

 

Facebook comments: