KawinKedah

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Baru-baru ini kerajaan negeri Kedah telah menganjurkan majlis kenduri perkahwinan beramai-beramai yang di namakan Mahligai Sejahtera.Program ini dilangsungkan di Kediaman Menteri Besar iaitu bertempat di Dewan Sri Mentaloon pada 20/11/11.Seramai 50 pasangan telah mengambil tempat dalam acara berprestij ini yang mana dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah dan majlis ini turut serta dihadiri oleh waris-waris pasangan dan kaum keluarga terdekat.Apa yang menariknya majlis ini, setiap pasangan akan diraikan serentak dengan jamuan yang istimewa serta persembahan menarik dan yang paling best tentulah setiap pasangan diberi wang sagu hati sebanyak seribu ringgit buat bekalan perbelanjaan urusan perkawinan masing-masing.

Video Tak Rasmi (Aku amik candid)

Ok bab penulisan ayat perenggan skema di atas dah tamat.So meh aku nak becerita secara ayat tak skema.Sebenaqnya penganjuran program ni telah dijalankan pencarian pasangan sejak awal tahun lagi.Pasangan pengantin lelaki seluruh negeri Kedah yang mempunyai pendapatan max RM1500 akan diberi keutamaan.So member aku iaitu Game Besa, Mufti dan juga Aman tidak melepaskan peluang dengan mendaftar awal-awal lagi.Kalo aku nak masuk tak layak kot dan aku mana nak kawin lagi tahun ni hahaha.Aku ditugaskan oleh member-member aku ni untuk ambil gambaq depa ja.Setiap pasangan lelaki dan perempuan boleh bawah 20 orang ja kaum kerabat, so aku terselit jugak dalam senarai tetamu VIP huhu.

Aku pun sebenarnya baru berjinak-jinak dengan kamera DLSR ni.Aku tak pandai pun,Sepatutnya member aku si Arn yang dipilih masuk.Tapi dia last minit tak dapat join.Maka aku jadi bidan terjun photographer.Hasil tangkapan cam hampeh ja haha..besa la orang baru haha.Gambar yang aku dah tangkap aku dah bagi kat tuan empunya kamera huhu iaitu si Arn.So aku tak buh kat sini.Gambar yang aku attached kat blogpost ni tangkap guna samsung galaxy s2 saja huhu.Memang sangat meriah aku tengok majlis kawin ramai-ramai ni.Rasa macam nak kawin cepat ja hahaha..

Apa-apa pun aku sangat puji kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh Menteri Besar iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mana berjaya menganjurkan majlis sebegini buat anak-anak Kedah.Save budget kot!! Bawak diri ngan bini saja.Kenduri orang handle, make up pun sponsor, dah tu dapat duit sagu hati lagi kot atas… hohoho, memang terbaiklah.Cuma baju pengantin ja depa tak sponsor.Ok la tu kan.. orang dah bagi segalanya tu pun dah besaq rahmat dah.Tapi biasalah majlis camni susah sikit nak dapat liputan oleh media arus perdana. You know why…….. (ni kalo aku masuk ceritaย  bab politik ni mau panjang bejela ni aku taram bubuh huhu)

Seperkara lagi aku luba sebut keutamaan diberi kepada anak jati Kedah lelaki sahaja.So bagi mereka yang di luar Kedah yang teringin majlis sebegini untuk diabadikan sampai ke akhir hayat so boleh lah mengurat anak-anak teruna Kedah untuk dijadikan pasangan hidup anda hahaha.. Tahun depan kalo majlis ini diadakan lagi anda mungkin berpeluang untuk mengalami pengalaman sebegini huhu… lagi pun anak-anak teruna Kedah sememangnya hensem dan kacak terutama sekali tuan punya blog ni hahaha (begurau)

Aku harap majlis sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.Tak silap aku majlis ni dah dbuat dulu pada awal pemerintahan Pas di Kedah.Time tu cuma 8 orang camtu ja yang join.Aku dengar-dengarlah.Tapi majlis kali ini memang dapat sambutan yang amat menggalakan.Apa yang pasti tengok orang kawin ramai-ramai ni, aku pulak terasa nak kawin hahaha.Dan yang pasti hari tu aku memang sakit tengkuk dok tangkap gambaq depa-depa ni haha.So aku membebel panjang tak guna apa kata layan ja video dan gambar yang dilampirkan bersama.. Enjoy!

Video Rasmi Pihak Penganjur

kawin ramai-ramai

Pengantin baru Aman dan Mufti berbaris menunggu giliran nak masuk dewan.. macam zaman sekolah daaa huhu

Pengantin

Gaya seorang photographer bidan terjun

Duo Pengantin

Bersama Zam (game besa) dan Mufti.. depa tengah berdebar nak masuk dewan huhu

Berkawin Serentak

Hari penuh bahagia Mufti dan Nurul serta Zam dan Azimah

Posing sempoi

Pengantin yang tak sabaq nak bersilat termasuk aku sekali haha

Pendekar Melayu

Bajet pendekar mustar… sekali tiba-tiba aku tersesat daaaa pendekar baju batik

Facebook comments: