Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Miss A.T.Mari kita ikuti penulisan beliau mengenai politik di tempat kerja.

Suasana di tempat kerja, kadang-kadang menyenangkan. Kadang-kadang, membuatkan kita stress. Mana taknya, terdapat beberapa kategori manusia di tempat kerja:

Pertama, ada sekumpulan rakan sekerja suka mengumpat tak kira lelaki ka perempuan. Ada yang buat salah, mesti diumpatnya habis-habisan.

Kedua pulak,  kumpulan tukang penyampai yang suka menyampaikan (kalah penyampai berita) tak kisah berita ada yang kena mengumpat, berita rumahtangga orang dan pelbagai berita yang di anggap sensasi.

Ketiga, kategori tukang bodek @ kesayangan bos. Memang suka mengambil kesempatan. Kerja ala kadar aja tapi selalu dapat penghargaan.

Kategori keempat, musuh dalam selimut. Nama lainnya, hipokrit @ plastic. Di  depan manis bak gula, di belakang macam hempedu. Maksudnya, di depan kita, memang baik. Pijak semut pun tak mati. Di belakang, hanya Tuhan yang tahu.

Yang skema pulak, faham-faham aja la. Ikut  peraturan 100%. Selalunya, kategori ini di monopoli oleh geng senior.

Terakhir, mangsa. Selalu buli . Selalunya dimonopoli oleh junior . (Kena ikut cakap senior tak kira salah ke betul. Kalau tak ikut, kena report kat bos pulak.)

Kadang-kadang hal-hal sebegini la membuatkan prestasi kerja kurang memuaskan. Mana taknya, kalau berita terkini lagi sensasi tu sampai dekat bos. Kalau berita itu benar, takpa.. kalau tak benar, memang nak menganiaya orang aja.

Itu yang boleh saya rumuskan mengenai kategori manusia di tempat kerja. Kalau saya pulak, rasanya saya dalam kategori mangsa. Anda pulak, dalam kategori mana????

Facebook comments: