aimannajmy dot com telah mengadakan ruang khas untuk penulis tamu.Penulis tamu untuk minggu ini ialah saudari Nurul Hidayatul Aiman Tukiman.Mari kita ikuti penulisan beliau

Salam buat semua pembaca aimannajmy.com. Saya Aiman. Bukan Aiman Najmy tapi Aiman Tukiman. Tajuk kali ini khusus untuk sesiapa yg bakal melangsung majlis pertunangan. Jangan sesekali mengambil mudah mengenai persiapan majlis pertunangan. Bak kata orang ramai, sekali dalam seumur hidup. Biarlah sederhana tapi meriah.

Sebelum majlis pertunangan, biasanya majlis merisik adakan berlangsung. Tapi, pada zaman sekarang ini, ada jugak yang tak mahu buat majlis merisik. Nak menjimat kos. Rasionalnya, majlis merisik dilakukan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Keduanya, kedua-dua belah keluarga boleh saling mengenali.

Selesai bab majlis merisik, satu perbincangan keluarga perlu di adakan mengenai persiapan majlis pertunangan merangkumi tarikh, masa, tempat, kos, makanan dll. Semua aspek yg ditetapkan perlulah mendapat persetujuan ramai dan mengelakkan kekeliruan. Perancangan perlu dilakukan untuk mengelak pembaziran. Pada masa yang sama, boleh berjimat.

Tarikh biasanya akan dipilih pada hujung minggu atau waktu cuti sekolah utuk memudahkan sanak saudara @ sahabat handai menghadirinya.

Untuk majlis yg indah dan meriah, cuba selitkan tema mengikut citarasa anda. Cuba cipta kelainan dengan kreativiti tersendiri. Tak kisahlah perabut lama ke langsir lama, janji kreatif.

Bab hantaran, pemilihan barangan hantaran bergantung kepada bajet anda. Jika anda ingin mengubah sendiri, lakukannya awal. Ingin menempah di kedai, tempahlah seawal mungkin dari tarikh pertunangan. Ada jugak yang buat hantaran sendiri tapi kurang elok. Memang la nk jimat kos tapi buat la yg ringkas dan sedap mata memandang.

Cincin tanda ikatan pertunangan bagi setiap pasangan. Pemilihan cincin perlu dilakukan bergantung pada kesesuaian jari serta bergantung pada bajet anda. Survey dulu harga cincin sebelum membeli. Ataupun ikuti harga emas semasa, kalau harga emas jatuh, belilah & boleh jimatkan bajet anda.

Contoh interior design majlis pertunangan Photo ihsan: anterafoto

Pakaian semasa majlis pertunangan, terpulang sama ada menyewa atau membeli. Biasanya, pakaian semasa majlis pertunangan adalah ringkas & tak ‘over’ sangat. Pilihlah mak andam yang mampu buat solekan pada wajah anda berseri-seri. Perkhidmatan mak andam pun perlu selaras dengan harganya. Berpatutan tapi cantik.

Bagi yang ingin melangsungkan majlis pertunangan di rumah, pastikan rumah kemas & bersih. Lengkapkan dekorasi yang berhias dengan konsep dan tema tersendiri.

Pemilihan makanan perlu dilakukan bersesuaian dengan masa majlis dilangsung sama ada waktu pagi, petang atau malam.

Inginkan perkhidmatan rakaman video atau sesi fotografi, tempahlah juruvideo atau jurugambar untuk merakamkan detik-detik manis majlis pertunangan anda.

Senaraikan tetamu yg akan dijemput supaya ada yang tidak ketinggalan.

Akhir sekali, jangan lupa buka majalah mengenai majlis pertunangan untuk mendapatkan idea serta ilham serta konsep terbaru.

~ jadikan majlis pertunangan anda adalah

hari yang istimewa dalam hidup anda ~

Facebook comments: