Salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Wah sedar tak sedar aku dah lupa update blog personal ni dua minggu sudah! Dan hari ini 27/1/12 bersamaan dengan hari Jumaat sudah genap usiaku 27 tahun huhu..Sebenarnya sejak secara serius bergelar full time IM (internet marketer) aku dah jarang sangat jenguk-jenguk blog ni untuk di update.Aku banyak fokus untuk kerja-kerja IM aku huhu. Aku banyak update blog-blog aku yang lain dan banyak lepak forum-forum seperti DP, WF dan IMT.Untuk minggu ni saja aku agak busy sebab ada job $200 nak kena settle huhu.. Minggu depan pulun cari lagi, harap ada pulangan yang lebih besar.

Camtulah kerjaya IM, hari-hari mengadap PC/laptop cari duit.. Dan aku pun baru dapat rentak.. macam tak cukup tangan nak buat itu ini, mana aku rasa aku nak buat aku buat, kalo tak sempat aku tinggal ja, yang penting kena cari income untuk settle nak bayar segala utilities dulu dan juga duit entertainment + makan minum dan yang last duit simpanan.. huhu aku bukan tahap otai-otai yang di luar sana pun.Banyak benda yang kena belajaq lagi… ish ish aku rasa aku patut start awai huhu,maybe pas grad dulu dah start pulun belajar dan buat huhu. Sekarang baru nak merangkak-rangkak serius… tu pun sebab ada tekanan sebab ramai member-member dah kawin haha.

Tapi sesungguhnya aku puas ati apa yang aku usahakan.. banyak mana aku pulun banyak tu lah aku dapat.Impian untuk dapatkan pasif income belum tercapai huhu.Apabila dah tercapai.. perkara pertama yang aku akan fikir ialah kawin!! huhuhu… So sekarang ni aku tengah pulun tahap tertinggi.. dalam keadaan under pressure sebab semua member-member aku semua dah kawin dan mula meninggalkan alam bujang mereka dan kini juga jarang sangat dah melepak dengan aku seperti dulu… aku keseorangan dan kesunyian kot huhu! Pressure beb! lagi tinggi pressure lagi aku suka… serupa macam kat sekolah dulu. Nak dapat A kena pressure dengan cekgu hehehe.

So bagi yang taktau apa ke benda yang aku buat ni.. nantilah aku cerita secara slowly. Bila mana dah mula menampakkan hasil pasif incomenya.. sekarang ni masih lagi aktif income. Kena bekerja 10 tulang kerat iaitu jari-jemari untuk menaip di keyboard dan tekan punat mouse hehe.Yang penting bukannya MLM (multi level marketing) yang totally aku benci sebenci-bencinya huhu.Sori kepada sapa penggiat MLM yang baca blog ni huhu… Maybe sebab aku selalu dok follow blog aidid muaddib kot tu sebab aku tak suka MLM, tapi sebelum aku follow blog si aidid tu pun aku dah dapat agak how long the MLM will sustain.Kepada yang benci kepada cara/gaya penulisan si aidid, jangan dihiraukan, yang penting amik facts dan figure yang dia huraikan, dan kaji sendiri.Jangan kaji dek kerana menyampah dengan aidid.Tapi kajilah dengan hati yang bersih untuk menilai kebenarannya.

Wah dah melalut pulak aku ni… yang penting aku suka apa yang buat sekarang… i am happy with it!! Biarlah aku dipandang bodoh sebab tinggalkan kerjaya jurutera, yang penting hidup aku, aku yang tentukan arah tujunya. Dan aku akan share tip-tip penting berkenaan industri ni bila tiba masanya.. sebab aku nak berkongsi dengan facts dan figure aku sendiri beserta bukti berkaitan.Bukannya cakap kosong gedebung gedebang sembang dalam blog tapi habuk pun tadak…. pendek kata sembang kemaih (bahasa kedah).

Yang penting mencari income dalam dunia internet memerlukan pengkajian yang menyeluruh.Dunia internet marketing tersangat lah luas… hampir setahun lebih aku studi, studi, studi dan studi sampai jemu, PC tengok aku, aku tengok PC hoho! Masa semakin suntuk huhu… Aku target sebelum umoq aku 30 tahun aku dah capai target nak dapatkan passive income.Sekarang ni dah 27 tahun, tua sangat dah kot! Kagum aku tengok budak-budak muda sekarang time kat U dah kaji benda ni dan secara serius menceburinya huhu! Aku kira dah terlambat dah ni hohohoho! Irfan Khairi umo 25-26 dah jadi jutawan internet.Tapi aku bukan la nak target sampai tahap tu, dan if tercapai Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi… impian aku hanya nak dapatkan passive income dan nak jalan-jalan satu dunia, di samping tidak lupa berbakti kepada agamaku.

Sekarang ni aku dok mencari rentak nak update blog ni sama.. Blog yang aku sangat sayangi ini kerana blog inilah yang menjadi batu loncatan untuk aku belajar dunia bloggingΒ  pada tahun 2010 dahulu. Akhir kata aku akan cuba sedaya upaya mengimbangi kerja-kerja IM aku dengan dunia Sayugia dan juga dunia personal aku.Apa yang aku boleh kata, apabila pasif income dah mula menampakkan hasil, maka aku akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Sayugia yang tertangguh dan berapa ratus kali tangguh aku pun dah tak ingat hehe.. minta maaf banyak-banyak kepada peminat setia sekalian hehe. Sekian.

 

Facebook comments: