Yaa salam kepada semua pembaca aimannajmy dot com.Atas kesibukan aku outstation ke JB dan KL menyebabkan aku tidak sempat mengupdate blog ini.So entri kali ini menceritakan majlis perkahwinan saudara Rizhan Rashidi (nama panggilan Arn) merangkap kawan baik aku sejak baliaq huhu, dan merangkap juga bassist bagi kumpulan Sayugia.Majlis perkawinan ini diadakan pada 3/3/2012 tetapi memandangkan aku agak busy sering tangguh dan tangguh untuk ceritakan majlis ini dalam blog maka akhirnya dapat juga aku keluarkan entri mengenai majlis bersejarah bagi seorang pemain gitar bass dari band Sayugia hehe.

Majlis akad nikah diadakan pada 2/3 iaitu malam Sabtu dan esoknya terus diadakan kenduri di sebelah pihak perempuan.Kenduri sebelah pihak lelaki belum lagi diadakan dan majlisnya akan berlangsung pada 24/3.So kepada pembaca tegar blog ini yang berada di sekitar Kedah dan mengenali aku secara peribadi dan juga Arn.Meh la datang memeriahkan majlis hehe.Tapi persembahan band Sayugia tidak le diadakan sebab kekurangan gitaris bass.Takkan le pulak nak suruh pengantin lelaki galas gitar bass kot main padahal dia tengah bersanding hehe alasan ye tak.

So pada majlis perkawinan disebelah pihak perempuan akulah jadi tukang teman (masa time solek) dan juga pengapit ala kadar huhu.Sebabnya aku tak pakai baju melayu pun.Si arn ni bagitau aku pun last minit.So dalam kelam kelibut aku pun takpalah jadi ja lah pengapit express hehe.Pakai baju kemeja jer.Selain tu aku jugak jadi driver pengantin dan lead rombongan keluarga pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Rasa cam bangga ada ramai keta follow keta aku hahaha~ Tapi sebenarnya tak jauh mana pun.Ahaha tak sampai pun setanak nasi.Hanya 10 ke 15 minit saja jarak dari rumah Arn ke rumah isterinya.Kiranya percintaan mereka ini hanya dipisahkan oleh sempadan khairiyah Bedong dan Gurun hehe..

Kalo disingkap kembali, percintaan mereka berdua ini bermula pada zaman mereka belajar di Universiti.Tetapi mereka dah kenal lama dah masa zaman time sekolah lagi.Cuma cinta itu hanya berputik ketika mereka di alam mahasiswa hehe.Maybe masa sekolah masing-masing malu nak luahkan perasaan yang terpendam hehe.So setelah pelbagai onak dan duri ditempuhi sepanjang melayar bahtera percintaan akhirnya pada tanggal 2/3/2012 mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri yang mana majlis akad nikah itu berlangsung di masjid Gurun.Isteri kepada Arn iaitu Fadzilah (atau nama panggilan Ila) merupakan penyokong setia kepada band Sayugia.Perjuangan seni Arn selaku bassist kepada band Sayugia disokong sepenuhnya oleh Ila.So diharapkan selepas ini, si Arn akan dapat banyak idea yang bernas untuk disumbangkan kepada band Sayugia kerana kita selalu dengar.. Disebalik kejayaan lelaki disitu adanya wanita disisi.. Hehehehe.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah sekali kerana ada dua pasangan sekali turut terlibat iaitu kakak kepada Ila dan juga Ila sendiri.So persandingan dua pasangan ini dijalankan serentak.Untuk gambaran yang lebih jelas maka bolehlah tengok video yang aku dah attached hehehe.Pelbagai aturcara menarik telah disusun atur bagi memeriahkan majlis kedua mempelai ini.Antaranya persembahan silat, artis dari idola bintang kecil dan sebagainya.Aku nak bercerita panjang lebar pun tak best ye tak.Maka oleh itu para pembaca boleh menghayati video perkawinan yang ditempek dan juga gambar-gambar yang menarik yang mana dirakam oleh S2 hehe.

Akhir kata aku mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia kepada Arn dan pasangannya.Layarilah bahtera perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Maybe selepas perkawinan Arn akan jarang lepak studio aku lagi dah huhu sob sob.. yela ada bini kat rumah le katakan hehe.. takkan le nak hidup stail bujang cam dulu lagi. Tido kat studio hahaha. Apa-apa pun tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri hehe…

Errr… aku lak bila lagi?? Hahaha.. aku belum ada jawapan untuk itu.Ku serahkan segala kepadaNya 🙂
Akad Nikah

Huhu.. pengantin tengah ketaq menanti saat diijabkabul

akad dan nikah

Training dulu jap lafaz hehe…

Pengantin laki

Segak bergaya.. merah warna tampak garang hoho…

Pengantin Tepon

Hello sayang… dah get ready lum solek?

driver pengantin

Hoho.. aku jadi driver pengantin

kamera pengantin

Memandangkan pengantin lelaki juga freelance photographer.. dia pun tak tahan jugak nak shoot hahaha~

shoot gambar kawin

Pengantin lelaki shoot dari jauh bini sendiri hehehe..

Persandingan

Hehe posing baik punya…

Pengantin bersanding

Bergambar bersama pengantin.. disebelah kiri sekali adalah krew Sayugia hehe.

Facebook comments: