Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.. sedar tak sedar sudah 2 minggu aku tak update blog ini.Macam-macam kisah berlaku sepanjang 2 minggu aku bercuti dari mencoretkan isi hati aku ke dalam blog ini.Sesungguhnya bila dah tinggal blog selama 2 minggu tanpa update, nak cari kekuatan nak update tu makk aiihh memang payah sungguh.Macam-macam halangan berlaku.. yang paling teruk sikap bertangguh aku lah yang sejak dari dulu tak penah cuba untuk dikekangi.Ayat standard… “Esoklah aku update..” pastu bila keesokannya… ayat yang sama berulang “Esoklah aku update..” so sedar tak sedar makk aiihh dah 2 minggu tak update huhuhu.. Sepanjang 2 minggu aku tak update sungguh banyak cerita yang aku nak sampaikan kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.So nantikan.. aku dah dapat kekuatan nak update blog ini semula hehe.

Sebagaimana yang sedia maklum, pada 4/4 lepas aku dah releasekan single terbaru Sayugia untuk tatapan halwa pendengar setia Sayugia sekalian.. link download sudah direleasekan maka boleh lah download simpan dalam PC dan dengar puas-puas hehe.. so sudah terubatkah rindu anda itu? Ada tak yang ulang2 dengar sejak ianya dilancarkan? Maka sebarang komen amatlah dialu-alukan.. tak kisah sama ada kritikan anda itu pedas ke, masam ke atau apa saja kami ahli band Sayugia akan terima dengan hati yang terbuka.Overall setakat ni feedback yang diterima single terbaru ni lagunya santai sahaja dan easy listening.. sememangnya takdak gorengan gitar yang dasat seperti Slash GnR, atau pun solo bass yang mengancam seperti Lars Ulrich. Proses untuk siapkan single ini pun makan masa hampir 2 bulan lebih.. orang biasa dengar camtu je kan hehe.. tapi proses nak hasilkan single ini memang payah.

Raw material dah ada.. tapi bila tiba bab nak record setiap satu instrument itu yang cabarannya.. masing-masing ahli bandmates Sayugia hanya free ketika hujung minggu sahaja. Kadang-kadang bila ada yang tak free maka tangguh lagi.. Bila dah record raw output sound setiap instrument, maka setiap satu nak mastering lagi, abih mastering kesemua output sound di’mix’kan pula, lepas tu baru masuk sessi rekod untuk vokal sahaja.. untuk rakaman vokal pun take time juga.. kadang untuk rakam part verse sahaja makan masa sehari.. kadang-kadang minggu ni rakam tone suara lain, minggu depan dah jadi tone suara lain pulak dah padahal nyanyi masuk ja dengan chord huhu.. memang cabaran sungguh.Tetapi itulah.. benda yang kita minat dan ada passion sememangnya takdak langsung tekanan ketika melakukannya.

Kepayahan menghasilkan hanya sebuah lagu menyebabkan aku rasa sangat menghargai setiap karya seni yang dihasilkan komposer tempatan atau antarabangsa.Dan aku boleh rasa apa yang depa rasa… yelah.. buat lagu penat-penat tiba senang-senang sahaja ianya di cetak rompakkan dan pihak lain membuat keuntungan dengan sewenang-wenangnya tanpa memberikan sedikit pun kredit kepada pencipta asal.Tetapi bagi aku, freelance komposer yang tak terkenal langsung ni, huhuhu.. aku mencipta lagu sebab aku minat.. lagu merupakan luahan kata-kata yang dimelodikan.Lagu merupakan karya seni dan mempunya nilai yang tersendiri yang mana setiap individu menterjemahkannya mengikut interpretasi masing-masing.Ada yang minat sesuatu lagu tu sebab ianya popular, ada yang minat sesuatu lagu itu sebab liriknya, ada yang minat sesuatu lagu itu kerana iramanya yang indah.So ianya bersifat subjektif..

Walau apa pun perspektif atau pandangan yang ditujukan kepada lagu-lagu Sayugia, aku akan tetap berkarya macam biasa.Ahli bandmates tetap akan menyumbang idea susunan muzik mengikut citarasa masing-masing.Perjuangan akan diteruskan.. secara natijahnya, tanyalah mana-mana band pun, mesti depa nak lagu depa famous, masuk radio, satu malaysia dengar, dikenali semua rakyat Malaysia.. tetapi hakikatnya.. kami Sayugia tidak target pencapaian kami sampai sebegitu dasyat.. kalo dah rezeki kami nak masuk mainstream, kami terima sahaja.. tetapi kami lagi selesa bergerak bebas macam ni.. sebab ahli band mates masing-masing bukanlah full time musician.. masing-masing ada kerjaya dan matlamat hidup masing-masing.Apa yang penting, karya seni kami didengari dan dihargai sebagai salah satu cabang seni dalam dunia seni muzik. Sebagai contoh analogi, dunia seni lukisan.. cabang-cabangnya lukisan cat minyaklah, lukisan catan lah, lukisan batiklah.. dan macam-macam sekadar contoh.

Dan ada berita gembira untuk peminat Sayugia sekalian hehe.. kemungkinan besar dalam bulan depan kami akan released lagi single terbaru.Target Sayugia nak lengkapkan koleksi single kami hingga 10 lagu.So selepas 10 lagu maka boleh claim sebagai satu album penuh hehe.. dan mungkin ada bonus lagu untuk menjadikan ia lebih menarik dijadikan sebagai album penuh Sayugia.So akhir kata, teruskanlah menyokong Sayugia dan beritau kawan-kawan anda lain tentang kewujudan Sayugia.. lagi ramai fans, lagi semangatlah kami nak terbitkan lebih banyak lagu hehe.Sekian terima kasih.

 

Facebook comments: