Salam semua.. nampaknya dekat DUA BULAN aku tak update ini blog hahaha~ Gila lama beb.. maybe ada yang tertanya-tanya ke mana aku mnghilang ye tak hahaha.. raya pun dah abih puasa dah abih.. umat islam pun dah start ramai pegi Haji hehe.. aku baru nampaknya nak singgah ini blog dan update.Pertama-tama aku ingiin meminta maaf pada maybe la pemabaca setia blog ini.. maybe la.. padahai takdak pun huhu.. aku sedikit kesibukan sebulan dua lepas huhu.. dengan raya lagi dengan eksperimen aku lagi huhu dan bermacam hal yang tidak dielakkan hehe.TAPI itu bukan alasan hahah.. padahal Facebook ngan Instagram aku laju je kerap update hahaha…So sekarang aku kembali untuk menulis macam biasa.. diharapkan diberikan idea dan semangat untuk kembali membloggingkan diri.Dan aku pun lupa abih dah rakan2 blogger yang lain.. apa cerita diorang nanti nak belogwalking semula huhu.

Banyak perkara yang berlaku sebulan dua lepas.. tak mampu aku nak coretkan haha.. banyak sangat.Selalunya tertangguh nak masuk update.. kadang material nak berblogging dah ada.. semangat pulak takdak huhu.Susah betui aku nak konsisten haha..Sesapa yang selalu mengikuti blog aku ni tentunya dah paham peel aku berblogging camana huhu.. andai kata datang aura nak menulis.. menderu2 update nonstop.. andai kata tiada mood atau something yang membelenggu fikiran aku.. conpem aku terStop kejap update huhuhu.. tapi kali harap la tak terkandas lagi membloggingkan diri huhu.

Homemade studio set up

So gambar di atas adalah setup workstation aku terbaru.. haha nampaknya ada laptop kecik kat sebelah padahal dah ada desktop gedabak dua screen hahaha.Ini semua aku sorang ja paham kenapa aku perlu lagi satu laptop kat tepi untuk memantau hasil ‘eksperimen’ aku huhu.Disinilah aku buat kerja design, develop website, memantau server, merakam lagu, mengedit dan remix instrumen dan juga aktiviti lagha yang lain seperti bermain Call Of Duty huhu.This is my truly home made studio plus my official work as IMer’s.Eksperimen aku nampaknya dah masuk fasa “result and discussion’ huhu.. kalo zaman belajar kat U masa buat final year project… haa part result and discussion paling payah sekali nak buat atau nak dapat hasil yang betul-betul kita nak.Sebab ‘eksperimen’ yang aku jalankanlah sebulan dua lepas menyebabkan aku terhenti blogging seketika huhu… dan sekarang aku curi-curi masa jap nak update ini blog sebab dah lama rindu nak menaip hahaha… hope so lah bila eksperimen aku dah menunjukkan hasil yang positif.. sememangnya aku akan pecut laju berblogging macam biasa huhu.. macam era 2010-2011 haha~ sekarang ni terpaksa bersabar dulu dan mengharapkan everything is going to be as planned.

Perjuangan dalam industri IM akan diteruskan huhu.. ikuti nanti update sedikit demi sedikit akan aku perincikan dalam next blog post.Yelah sementara nak tunggu eksperimen berjaya.. takkan nak duduk saja.. sambil-sambil curi masa blogging jap huhu… nampaknya memang dah terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin… bulan Syawal dah lama abih oiii hahaha.. tapi takpa at least aku ucap juga kan hehe.Sekejap sahaja masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah abih puasa… pi mai pi mai dah abih raya.. tentunya nanti kelipoq pi kelipoq mai dah Raya Haji.. uhhhh everything is moving fast.Ok sekian sahaja update kali ini…. setelah dekat 2 bulan tak update hehe… nantikan entri seterusnya huhu.

 

Facebook comments: