Drummer Sayugia

Ihsani gitaris sayugia

Tahun lepas pada bulan 3, bassist sayugia menamatkan zaman bujangnya.. manakala tahun ni akhir bulan 3 juga founder dan manager Sayugia iaitu Ihsani pula menamatkan zaman bujang.Adakah tahun depan giliran aku pula?? Hehehe~ Ramai tentu menyangka aku adalah founder Sayugia.Tetapi hakikatnya aku hanyalah co-founder sahaja hehe.Aku lebih banyak melibatkan diri dalam skop penciptaan lagu dan video editing sahaja berbanding abang aku yang merangkumi semua aspek dari awal penubuhan sampailah sekarang.Abang aku selain bertindak sebagai manager, beliau juga ahli band Sayugia yang memegang posisi drummer dan juga gitar utama (bergantung pada jenis lagu).Bassist Sayugia juga boleh bermain drum, so mereka berdua kerap bertukar posisi bergantung kepada jenis lagu.Untuk mengetahui sejarah Sayugia yang lebih details boleh la belek-belek post yang lepas hehe.

Tok kadi akad nikah

Sepatutnya post mengenai majlis perkahwinan ni aku terbitkan pada awal bulan 4.Tetapi memandangkan aku sedikit sibuk maka disaat ini baru aku rasa kelapangan sikit.Majilis ini diadakan pada 30/3/2013 serentak dengan gabungan sekali majlis kenduri pihak lelaki dan perempuan.So save la budget sikit hehe.Majlis akad nikah diadakan sehari sebelum kenduri kawin.Isteri yang dinikahi juga orang utara so memang senang la kalo majlis digabung sekali.Seperti biasa aku ditugaskan menjadi pengapit sepanjang event kenduri berlangsung.Akhir kata aku nak menulis panjang pun tak excited sangat sebab majlis dah lama berlalu dan aku lambat update.Feeling nak menaip dah hilang haha..Maka hayati sajalah gambar-gambar di bawah hehe.

Akad nikah

Dengan sekali lafaz.. maka sah lah pernikahan.Dia kena sekali ja lafaz baru macho hehe..

Shoot wedding

Bassist Sayugia turut menjadi photographer pada majlis tersebut.

Pasangan pengantin bergaya

Semoga perkahwinan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Aduka celup

Aduka Taruna celup~ aku pun taktau dia sapa.. tiba-tiba muncui daripada mesin masa silam.. mai semata-mata nak bersilat.

Photographer kawin

Aktiviti shoot wedding outdoor dilakukan di Universiti Aimst dengan seliaan staff di situ hehe..

Shoot pasangan pengantin

Post bersahaja pengantin.. suasana kawasan sekitar cantik jugak sebenarnya untuk aktiviti outdoor shoot.

Aimst Universiti

Aku sebagai pengapit menyibuk sahaja hehe..

Street Fighter

Aboooookitttt~~~~~(spelling maybe tak betoi) Huhuhu… 90’s kids remember kot ayat tu hehe.. budak-budak sekarang maybe taktau kot apa jadah abookitttt~~!! hehe..

Banyak lagi gambar yang ngetop-ngetop tak mampu aku nak select banyak sangat.Main random pick ja…  gambar yang dasat-dasat tentu ada pada photographer hehe.Akhir kata walaupun sudah berumah tangga.. beliau tetap akan berjamming seperti biasa dan menyumbang apa yang patut untuk perjuangan seni Sayugia hehe.Moga Sayugia lebih maju di masa hadapan dan lebih banyak karya akan dihasilkan pada masa-masa akan datang hehe.Masing-masing dah ada komitmen tentunya perlu ada pembahagian masa yang fleksibel untuk kembali berjamming seperti dulu.Even nanti aku dah berkawin sekalipun.. aku tetap akan berkarya macam biasa hehe.

Facebook comments: