Di ketika ini jam 245 pagi aku takleh lena disebabkan minum ayaq tongkat KUAT kecergasan berganda.Maka memang berganda sungguh mata aku takleh tidoq dibuatnya.Nak mengadap keja terasa macam nak muntah pulak dari siang tadi dok ngadap.. so tiba-tiba aku teringat blog aku ini yang agak lama la tak update.Sebenarnya aku nak update dalam 2-3 hari lepas.Tiba-tiba mamat indon mana sakit hati.. hack blog aku.Selamat sekejap saja dapat recover.. aishh blog aku ini bukan tahap boleh ribu-ribu punya traffik yang dia sakit ati nak hack.So stop takat tu.Puasa yang aku lalui hari-hari tiada apa yang istimewanya.Biasa sahaja cuma pada minggu lepas aku berpeluang berpuasa selama 1 minggu di Langkawi yakni umah abang aku.Selama seminggu jugak aku direct berbuka di masjid.Terasa macam tabligh pulak bila dapat kembara dari satu masjid ke satu masjid di pulau Mahsuri ini.So untuk rangkumkan segala perjalanan.. tengok sahaja lah gambaq di bawah.Ada yang sempat aku snap dan ada masjid yang aku pergi lupa nak bawak handset.

20130716_183239

Aktiviti kembara dari satu masjid ke satu masjid ini dianjurkan oleh LADA yakni Lembaga Pembangunan Langkawi yang bertujuan mendekatkan masyarakat dan penduduk Langkawi dengan LADA.So melihat kepada banner di atas adalah senarai masjid yang disinggah LADA untuk bersama-sama jemaah setempat berbuka puasa serta memberi sumbangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.Setiap masjid yang dipilih akan diadakan pelbagai aktiviti sampingan sebelum berbuka seperti tazkirah, bacaan Quran, ucapan ketua kampung, pemberian sumbangan dan ucapan dari pihak Lada sendiri.Memandangkan abang aku keja Lada.. so aku hanya follow sahaja segala aktiviti mengimarahkan masjid ini di samping dapat jugak aku berjalan dan melihat tempat orang serta suasana penduduk setempat Langkawi.

Masjid Ulu Melaka Lama

Majlis berbuka puasa di masjid Ulu Melaka Lama.Pengerusi majlis sedang memberikan kata-kata aluan dan sedikit atur cara perjalanan majils.

budak sekolah agama

Di belakang masjid ini terdapat sekolah agama maktab mahmud.. pelajar-pelajar juga dijemput sama bagi memeriahkan majlis dan berbuka puasa bersama-sama dengan warga Lada.

20130714_184956

Tuan Imam masjid Ulu Melaka memberikan kata-kata aluan dan juga menyuarakan permasalahan secara ringkas kepada dif-dif kehormat.

20130714_190939

CEO LADA memberikan sedikit ucapan serta merasmikan majlis.

sumbangan

Pemberian sumbangan oleh pihak Lada kepada anak-anak yatim serta masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.Turut hadir media seperti RTM.. tak pasti le pulak aku masuk TV ke tidak haha.

bacaan Quran

Bacaan Al-Quran dari pelajar Maktab Mahmud sementara menanti azan Maghrib dan waktu berbuka.

kurma dan kuih

Tentatif program.. menanti dengan penuh sabaq sebelum waktu berbuka

20130714_193622

Aku duduk bersama pegawai-pegawai besaq Lada haha.. padahai abang aku tak bawak bini dia.. bawak aku la sebagai wakil huhu.

juadah berbuka

Sebaik sahaja Azan berkumandang.. apa lagi balun la hehe.. balun kurma ngan kuih dahulu.. solat maghrib pastu sambung balun versi berat pulak.

masjid kampung padang kandang langkawi

Selain itu destinasi masjid Padang Kandang menjadi destinasi seterusnya bagi pihak Lada bertemu masyarakat setempat.

ceramah

Ucapan alu-aluan dari Tuan Imam serta luahan permasalahan secara ringkas tentang isu setempat.

pemberian sumbangan

Pemberian sumbangan kepada penduduk sekitar yang kurang bernasib baik.

So setakat ini sahaja aktiviti minggu pertama aku berpuasa di Langkawi.Sebenarnya ada lagi masjid lain yang aku kunjungi tetapi biasalah ada time tak bawak handset takleh la capture gambaq huhu.. minggu kedua Ramadan aku berpuasa di rumah aku haha.. takdak cerita apa yang best.Hari-hari pegi bazaar dekat dengan umah sebab malas nak masak huhu.Pi mai pi mai tang tu hoho.. sekian sahaja update kali ini berjumpa di entri seterusnya.

p/s : Bulan-bulan posa aku jadi “baloq liat” nak update blog huhu.. tak tau pasai pa.. banyak benda nak ditulis tapi semangat takdak huhu.. tapi bila bab update status FB rajin pulok haha.

Facebook comments: