signboard candi
Salam semua.Bulan ni masih lagi dalam mood menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan taulan dan saudara-mara.Al maklumlah cuti sekolah dan bulan yang paling terbaik hendak diadakan majlis-majlis kenduri sebegini.Entri kali ni aku nak berkongsi port atau tempat yang menarik photoshoot pasangan yang baru berkawin.Kalo majlis pasangan pihak pengantin lelaki atau wanita berada dalam lingkungan daerah kuala muda yan dan juga merbok, destinasi Candi Batu Pahat Lembah Bujang boleh dijadikan tempat istimewa untuk sesi bergambar.So baru-baru ini aku dan kengkawan bersama pasangan pengantin baru iaitu nizam (game besa) dan azimah berkunjung ke Candi Lembah Bujang untuk sesi bergambar.

Memandangkan majlis kenduri kawin abis pun dalam lingkungan kul 5.30.Maka kami pun segera bergegas ke Lembah Bujang walaupun menyedari masa pun semakin suntuk untuk sesi photoshoot sebab matahari pun dah nak mula terbenam.Sebab jarak umah pengantin dengan candi agak jauh makan masa setengah jam ke 45 minit camtu bergantung kepada laluan trafik.So sampai ja di sana terdapat ramai juga kaki-kaki photographer sedia menunggu untuk shoot gambar sunset.Tapi memandangkan suasana agak kelam berikutan hari nak hujan.Maka sunset pun tidak kelihatan dan hanya pemandangan persekitaran boleh dijadikan sandaran untuk dijadikan latar gambar.
Photoshoot kawin
Dek kerana kesuntukan masa, maka sesi bergambar hanya sempat dijalankan di kawasan bawah candi sahaja yakni sekitar tapak Candi Batu Pahat tersebut yang mana terdapat aliran air terjun yang mengalir ke bawah di sebalik celahan bongkah-bongkah batu besar (haha aku taktau nak describe enviroment dia camna).Kat kawasan atas Candi lagi terdapat tinggalan monumen sejarah ratusa juta tahun dahulu.Kalo nak photoshoot ok gak laaa..ala-ala cam klasik camtu hohoho.

Aku bukan kameraman, aku mai teman ja disamping menyibuk haha.. so gambar-gambar kat bawah ni ditangkap dengan kamera smartphones aku saja huhu… dah tu aku pulak yang tangkap takla sempoi mana.Gambar yang sempoi ada pada kameraman iaitu Encik Antera.Dia tak bagi aku attach kat sini hahaha, masih dalam proses mengedit.So menyembang banyak pun tak guna apa kata hayati ja gambaq kat bawah ni hoho..enjoy! sekian.
budak hensem

Hoho mamat hensem ni saja nak menempek

kontrol macho

Haha ni lagi sorang nak menempek jugak buat ramai hahaha, bajet galas kamera cam dia lak photographer haha

outdoor photoshoot

Huhu photoshoot dengan samsung galaxy s2

outdoor kawin

Pengantin tengok ayaq terjun sejuk tak tahan nak mandi, tapi aku berjaya kawal depa suh photoshoot dulu haha

tangkap gambar kawin

Gaya seorang pendekar bersama tuan puterinya huhu

foto kawin

Pengantin lelaki yang ingin bermandi manda berjaya dihalang haha (begurau)

bajet hensem

Hahaha ni sorang lagi pengantin lama

men ayaq

Erkhhhhh ayaq sejuk kot, fresh mai dari gunung hohoho

kek kawin

Abih ja photoshoot balik rumah pengantin makan kek lak

Potong kek

Acara potong kek.. semoga berbahagia kalian berdua meniti alam rumah tangga 🙂

Facebook comments: