Ni aku nak cerita abaq bagi mengenai otai atau abang long kawasan Bedong.Kira kawasan Bedong ni dia pegang lahhh! Belah Gurun dah ada dah abang kawasan, belah Sungai Petani pun dah ada abang long kawasan…nindia belah Bedong…. dialah abang long kawasan..kawasan Bedong dia yang jaga..ampa jangan buat main-main.. dia ni kuat gaduhh oOo… muka ganas gila beb! berani ka nak dekat ngan dia.. abaq kat aku.. aku bawak jumpa dia

Aku kadang-kadang dok dengaq gak puak2 abang long kawasan ni dok bergaduh! Tapi aku tak berani nak dekat…tengok dari jauh jaaa…gila baq ang… nanti dia bertindak balas apa aku nak buat.. nyesal dulu aku tak belajaq silat betui-betui..takat belajaq sampai sekolah rendah jaa..

Dia ni nak abag bagi..takat bila gaduh nak settle hal-hal kat kawasan dia..setakat calaq-calaq ngan darah2 tu besa la… cuma tak patah riuk ja lagi.. salu musuh dia la dok kena…dia ja dok menang.. Bab betina jangan dok cerita laaaa! Superb! Paling top dia suka begaduh sebab berebut betina.. Ntah bapa ramai dah jadi mangsa dia huhu! Bukan jantan sejati r kalo tak kaki betina ye tak! huhu…. Dalam dia dok tunjuk otai pun..ramai gak betina sukaaa…

Tapi dia memang kalo bab coverline memang dia lah raja… susah nak bersemuka… dia cuma muncul bila nak settle hal kawasan Bedong ja… kawasan Bedong ni kalo ada problem apa ka…haaa dia la muncui dulu. Terutama kalo hal2 gaduh rebut kawasan… kadang-kadang otai Gurun dok turun mai kaco dia mana boleh tahan beb…  aku dengaq cita ritu dia kalah dengan otai Sungai Petani..taktau la betui ka dak.. otai-otai bandaq suma kabel kuat.. dia takleh nak lawan sangat la huhu…

Tapi ritu dapat gak snap picture dia berselindung dia balik kain..susah oOo nak paparazzi otai kawasan ni..dia takmo tunjuk muka sangat..nak jaga reputasi.Dia tak layan dunia famous-famous ni.. cukup la dia dikenali sebagai abang long kawasan atau otai yang menjaga kawasan Bedong.. aku dengaq crita lepas ni dia ada match lawan one by one dengan otai kawasan Aloq Setaq..taktau la boleh menang ka dak… dia ni kadang-kadang suka buat pala sikit…

Nindiaaaa otai kawasan Bedong bersama pembantu dia… kalo dia ada hal outstation pembantu dia la take over jaga kawasan

Yearghhh iiieeeoowww  eoow!! GRRRRRRR!! dengan mata sepet sebelah..terserlah ke’otai’annya… berani ka nak dekat huhu

ampa jangan buat pasai dengan aku! kawasan Bedong la ni aku pegang….!!!! EoooowwwWWWW!!! GGrrrrRRRr!!!!

pembantu otai kawasan bedong… tidak sedar lensa kamera merakam aksinya…

Aku bangga dengan ke’toughan’nya huhu… ni membuktikan orang-orang Bedong sentiasa memberikan makanan yang sihat demi kecergasan dan tugas hakiki beliau sebagai otai atau abang besar kawasan bedong.Huhuhu… paling tak best kalo nak tanda kawasan kencing kat tayar keta huhu… pi la kencing kat pokok ke huhu…. aku harap beliau terus maju dengan bidang yang beliau ceburi… bukan senang nak dapat title otai Bedong.. banyak lagi anak-anak muda seperti beliau terbiar tanpa pekerjaan tetap..merempat di tong-tong sampah.. beliau sekurang-kurangnya sudah ada masa depan sendiri.. semoga maju jaya dari aimannajmy dot com.. huhu!!

 

 

 

Facebook comments: