Ruangan Penulis Tamu kali ini disumbangkan oleh saudari Miss A.T.Mari kita ikuti penulisan beliau mengenai karenah atau sikap pembantu rumah.

Gambar di atas adalah sekadar hiasan dan bukan berkaitan dengan kisah di bawah.

Cerita ini sekadar memberi pengajaran kepada kita serta memberi info terkini.

Sekarang ini, perkhidmatan pembantu rumah telah memberi kemudahan kepada kita untuk mengurus rumah sewaktu kita bekerja. Biasanya, kita mendapat perkhidmatan warga asing. Jarang-jarang, ada pembantu rumah di kalangan orang tempatan. Biasanya, gaji bulanan mereka RM500 ( berbaloi la tempat tinggal serta makanan disediakan ). Jika mendapat mendapat pembantu rumah bermasalah berbaloikah apa yang majikan sediakan???

Saya mempunyai pengalaman mengenai pembantu rumah bermasalah. Nenek saya telah mengambil perkhidmatan pembantu rumah sejak dia muda lagi. So, bersilih ganti la. Hingga sekarang. Oleh kerana nenek saya mengalami kesukaran berjalan, ahli keluarga saya telah sebulat suara mengambil pembantu rumah untuk keselesaan nenek saya.

Bulan Ogos tahun lepas, Aini (bukan nama sebenar) telah bekerja dengan nenek saya. Cerita bermula dengan dia bekerja dengan baik. Dua bulan selepas itu, dia mula buat perangai dengan tidak melakukan kerja rumah. Bila ibu saya pergi kerja, dia tidur. Keadaan rumah nenek saya tidak terurus. Depan ibu saya, dia menipu mengatakan dia melakukan kerja rumah. Dia mula meninggikan suara pada nenek saya ( tak sedar diri padahal nenek saya majikan dia). Bila saudara nenek saya datang melawat nenek saya, dia suka bercerita mengenai perbuatan kasar dia kepada nenek saya. Bila saya pulang ke rumah, saya sengaja memerhatikan tingkah lakunya dari tingkap rumah saya (rumah saya bersebelahan dengan rumah nenek saya), pagi-pagi sudah berbual-bual dengan jiran tetangga dan kadang-kadang dia berjogging dengan mereka).

Kadang-kadang, saya tertanya-tanya dia ni makan gaji buta ka… kerana keadaan rumah dan nenek saya tidak terurus. Bila ibu saya menegur dia, dia melawan serta tidak menegur ibu saya selama seminggu padahal ibu saya yang memberi dia makanan dan barang keperluannya. Kerana tidak tahan dengan sikapnya, ibu saya menyuruh ejen mengambilnya. Bila ejen datang, dia merayu-rayu supaya ejen tidak mengambilnya. Akhirnya, dia pulang ke rumah ejen.

Selepas itu, Su pulak datang bekerja di rumah nenek saya. Yang ini pun makan gaji buta jugak. Bila disuruh melakukan kerja rumah, dia pura-pura sakit tapi bila time gaji dia minta duit. Buat kerja tak seberapa. Nenek saya pun tidak terurus. Setiap petang, ibu saya yang sibuk menguruskan nenek saya. Yang paling saya tak tahan, dia meminta handphone dari ibu saya. Melampau betul, saya pun tak pernah minta handphone dari ibu saya. Akhirnya dia di hantar pulang ke rumah ejen. Masa hendak pulang, tak sakit pon tetapi gembira.

Rasanya, dulu pun nenek saya mengambil pembantu rumah tetapi semuanya cekap bekerja ( tiada pun yang malas ).

Pada pendapat saya, majikan harus memantau pekerjaan setiap pembantu rumah. Kadang-kadang, saya terfikir adakah mereka ini telah diberitahu oleh ejen mengenai kontrak yang telah dibuat. Yang malas pulak, ingat makan angin ka di rumah majikan? Majikan terpaksa mengeluarkan RM7K hingga RM8K serta gaji bulanan sebanyak RM500, untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, Jika mendapat pembantu rumah yang malas @ tidak pandai membuat kerja rumah, adakah berbaloi untuk majikan??? Sampai bila, episod ini akan berlaku??? Wajarkah majikan menanggung semua ini??? Fikir-fikirkan lah.

Facebook comments: