Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Nampaknya sudah seminggu nampaknya aimannajmy tak update blog.Kepada mungkin pembaca setia blog ini harap maklum aimannajmy sedikit bz dan tidak ada mood untuk menulis ataupun update info terkini sayugia huhu.Biasa le musim kenduri pulak asyik banyak makan pastu balik letih tido.Moralnye jangan berlebihan nanti ngantuk hehe.

Selain tu cuti sekolah juga anak-anak buah aku pakat balik singgah.Hoho betapa meriahnya umah aku dengan suasana gegak gempita suara kanak-kanak kecil bermain berlari-lari ke sana dan ke mari.Kalau tidak biasalah aku hidup bersendirian, sunyi sepi je suasana.Hanya dengar bunyi kipas lama ‘ngok ngek ngok ngek’ dan juga sekali-sekala kedengaran bunyi cicak tokek yang kuat kedarah nyamuk sampai buncit.

Letih aku melayan depa ni haha.Best jugak sekali sekala dapat bersembang dan main ngan budak-budak haha.Tambah-tambah aku dok melayan diorang main PS3 hoho, hingar bingar jadinya suasana ruang TV.Sekarang ni depa dah balik dan berjalan-jalan ke rumah abang-abang aku yang lain pula hehe.Maka kembali sunyi hidup aku huhhuuuuu.

Niat nak kawen tu tetap ada, tapi biarlah impian income aku tercapai dulu hhehe, baru boleh ngurat anak dara orang hoho.Tahun depan la kot baru aku nak pikiaq pasai cintan-cintun ni huhu.Tahun ni aku nak struggle ‘sumthing’ yang lebih penting.So sesapa yang selama ni menyimpan perasaan terhadap aimannajmy maka bolehlah tunggu borang pencalonan yang akan diedarkan tahun depan ye hahaha~!! (begurau)

By the way aku dah jauh melalut ni huhu.Asal tadi nak update sikit ja.Hehe apa-apa pun layan video kat bawah ni.Lagu pe ntah anak buah aku si Dameer ni nyanyi hehe…

Facebook comments: