Yaa seperti yang ditunggu-tunggu.Mari kita lihat siapakah gerangan abang long yang merupakan otai kawasan Bedong.Huhu! Untuk membaca deskripsi siapakah abang long sila baca dahulu entri MUKA GANAS SUARA CUTE part 1.Bak kata kumpulan jambu (maharaja lawak) “muka legend tapi hati cute“. Hahaha!

Dalam kamus hidup beliau.Gaduh adalah rutin harian.Abang long kawasan katakan.Kalo ada apa-apa pertelingkahan di kawasan beliau maka beliau adalah orang pertama patut tau.Job beliau tak kira masa.Kadang-kadang lewat malam masih dengar lagi beliau tengah bergaduh merebut kawasan takpun merebut betina huhu!

Tapi biasa lah, kadang-kadang beliau kalah juga.Kalo kalah maka baliklah beliau dengan luka sana sini, comot dan penuh dengan segala macam kecederaan.Rekod telah tercatat beliau penah menang sekali dengan otai Gurun dan otai Sungai Petani huhu.Besa la kadang-kadang orang buang kucing kat market takpun pasar malam.Situlah beliau bertemu dengan otai-otai serata Kedah.

Kelebihan beliau yang dapat diperhatikan bila mana bersua dengan anjing.Standard kuceng kalo ternampak anjing menyalak depan mata maka akan bertempiaran lah lari langkah seribu.TAPI beliau apabila bersemuka dengan anjing dan disergah banyak kali oleh anjing tersebut.Beliau dengan selambanya seolah tidak ada apa-apa perasaan berjalan sambil menjilat-jilat badan huhu.Otai lah katakan nak takut apa.Abang long kawasan.Kawasan Bedong ni beliau pegang.Mana boleh takut-takut!

Haha mari kita tengok siapakah gerangannya abang long yang menjadi sebutan dan lagenda penduduk Bedong terutama Taman Emas huhu!

Yaa akulah otai kawasan Bedong!!

Yeargh ganas tak taring aku? Opss gusi aku abih hitam akibat hisap rokok.Otai beb mesti kena hisap rokok.Baru stylo dan ganas.

Next week aku ada match dengan otai Gurun.. Berani dia ceroboh kawasan aku!

Erkkhh! Mata aku cedera.. kes aku one by one dengan otai kucing kampung, aku kucing taman ja

Aku jugak kuat makan.. ramai kata tak elok makan kepala ikan sebab cepat lupa.. tapi aku pedulik apa.. aku otai beb makan apa saja huhu!

Aku juga seorang yang pemalu..eoowww aww! tak elok meninggi diri walau digelar otai

Aku teringin gak nak bertemu otai KL ke otai JB ke huhu.. ada bran one by one? huhu!

TAPI bila time lapar aku terus berubah watak! Tiba-tiba aku jadi manja dengan suara yang halus mulus.Huhu! Sila lihat video di bawah untuk mendengar suaraku! huhu..


Kredit video : arn (bassist sayugia)
 

Facebook comments: