Beliau digelar abang long.Dengan lebih tepat abang long kawasan.Tugas beliau menjaga kawasan Taman Emas (terletak di Bedong, Kedah) dan kawasan sekitarnya.Kawasan Taman Emas adalah territory beliau.Jangan ada sesiapa cuba nak ceroboh kawasan beliau buruk padahnya nanti.Beliau seorang kaki gaduh yang disegani.Selalunya menang.Kalau kalah pun kalah bermaruah huhu..

HOBI BELIAU

1) BERGADUH  (pantang nampak kucing lain yang tough sikit conpem nak ajak one by one)

2) KENCING KAT TAYAR KERETA (nak menanda kawasan tapi tak kena tempat)

3) KELUAR PAGI BALIK PETANG (ikut ofis hour, kadang-kadang lewat malam baru nampak muka, keja overtime jaga kawasan)

PENAMPILAN BELIAU  – muka berparut dan badan calar-balar, kadang-kadang terover gaduh sampai berdarah sana sini, senang cita penampilan sangat ganas!

Mengapakah beliau dikatakan MUKA GANAS SUARA CUTE? Nantikan part seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai abang long.Time gaduh bukan men dasat ganas suara memekik berlawan sampai darah-darah, tapi time lapar alahai cute suaranya minta simpati huhu..

 

 

Facebook comments: