Kejadian kerosakan hardisk aku tempoh hari menyebabkan aku memang betul-betul hilang sabaq dan tenggelam punca.Anda boleh baca kembali entri berkenaan.So aku pun bercadang untuk custom terus pc desktop yang baru dan menggantikan dengan PC yang lama yang dibeli pada Mac 2010.Padahal hakikatnya boleh sahaja aku beli hardisk baru.Tetapi itulah tetiba aku nak tukaq terus the whole sistem dengan sistem yang lebih sempoi la pada mutakhir ini hehe.Lagipun PC lama aku agak lambat bila bab rendering.Tambah-tambah bila nak render video atau animasi/motion yang aku buat.Maka terus aku berfikir, alang-alang tukaq semua baru teruih haha.

Aku memang merancang nak ada satu PC desktop yang mampu fully utilize ke tahap maksimum untuk diletakkan pada workstation.Selain kerja-kerja official IM aku yang tak la perlukan high end cpu sangat, aku juga membuat kerja-kerja mixing untuk lagu-lagu aku serta kerja-kerja rendering VFX.Maka aku perlukan sekurang-kurangnya PC yang berkelajuan tinggi.PC lama aku dulu tu.. time tengah aku dok rendering video nak buat keja lain sememangnya lembab.Makna RAM 4GB yang aku guna tak mampu nak memproses banyak function dalam satu-satu masa.Then aku perlukan PC yang maqna kata sambil aku render sambil aku leh buat keja len ka apa ka huhu.. So antara sebab gak la aku nak tukaq cpu desktop baru.Kalo aku jenis bukan kaki rendering VFX ni memang aku dah tak tukaq dah baru.Stay guna yang lama sahaja.

So tulis banyak tak guna meh kita layan ja gambaq-gambaq kat bawah hehe..

custom cpu desktop

Antara komponen PC yang telah dibeli.Nampak kot noh dalam gambaq, takyah aku terang satu-satu kehkehkeh~ Tak paham leh bertanya dengan tinggalkan komen kat bawah

Intel Core i7-3770 LGA 1155

Haa ini jantung segala PC hehe.. PC lama aku pakai i5 generasi pertama. Sekarang semua dah generasi ketiga huhu

Asus 3D Card 660GTX

Yaa 3D card huhu.. ini ja yang mampu aku beli.Aku cadang nak amik 256 bit 2GB, tapi mahal le pulak 1k lebih.Aku punya bajet under 1k sahaja huhu.. so ini sahaja yang mampu yakni 192 bit 2GB.Aku sebenarnya setia dengan NVIDIA haha walaupun pada hakikatnya aku boleh ja dapat harga murah bagi ATI 3D card 256 bit 2GB.Tapi takpa lah setia punya pasai aku amik jugak NVIDIA huhu.Yang penting untuk pemprosesan render video VFX nanti sememangnya guna GPU processing berbanding CPU.Yang PC lama aku pakai 3D card 1GB 256bit 250GTS.

Asus box

Dia punya besaq semacam, seolah nampak stylo gila.. tapi pada hakikatnya…

Asus 3D card

Hanya ada 3D card adapter tu, manual, cd installer dan seketui DVI plug in.. aku bajet dia nak bagi la sekali dengan DVI cable takpun HDMI cable tapi tak bagi huhuhu~~

Kingston RAM HyperX

RAM pulak aku pakai Kingston huhu.4GB setiap batang so aku pakai 16GB RAM teruih huhu.. puaih hati sikit.Aku ingat mula-mula aku tunjuk kotak RAM Kingston 8GB HyperX ni kat tokey kedai tu, dalam kotak ada hanya sebatang RAM yakni 8GB RAM sahaja.. sekali ceh.. dalam kotak ni ada dua batang yakni sepasang 4GB x 2. Nampak sangat aku tak penah amik tau pasai Kingston series punya RAM huhu.

Window 8 pro

Dan aku juga beli Window 8 Pro huhu.. adalah sebab dia mengapa aku pakai window ori hehe.. nanti aku cerita.

Manual PC motherboard

Masa untuk baca manual huhu… ain’t nobody got time for that!!

manual SATA

What baca lagi manual haha lupa der~! kang silap cucuk lubang naya huhu..

CM Storm Enforcer Casing

Aku pakai casing Cooler Master.. huhu. Agak stylo jugaklah casing ni haha.. ala-ala decepticon haha.. jangan malam2 time aku tidoq dia transform sudah la hahahah~~

cpu casing desktop

USB 3.0 dua slot huhu.. tempat nak bok masuk CD tak nampak sebab ada panel kena bukak cam pintu almari huhu

custom cpu dekstop pc

Dok godek-godek pasang.. tak susah pun sebenaqnya pasang cpu desktop ni.. apa2 pun mula kena tau la lubang slot yang ada kat motherboard kot nanti silap cucuk kan huu~ better read manual first la.. kalo hari-hari custom PC takpa la gak ni 3 tahun sekali baru nak pasang.. kot la berubah architecture motherboard tu kan.Revolusi dari tahun ke tahun..

PC customization

So cucuk sana cucuk sini. Kelepap (bunyi benda tekan) sana, kelepap sini.. maka settle la akhirnya hehe.. aku rasa macam serupa men LEGO jaa haha.. mana lubang/slot yang ngam2 ikut manual, aku terus balun bubuh hahahah~!

inside cpu custom desktop

Yaa zoom sikit interior casing huhu.. so ringkasan sikit apa yang penting kena buat…. kat motherboard tu mula-mula cari slot power supply (24 pin + 8 pin).Selalunya ada dua kabel yang memerlukan cucuk ke motherboard.Lepas tu slot SATA (untuk hardisk) dan juga DVD writer.RAM buh dekat slot RAM dan 3D card buh dekat slot PCI-e.Selain itu benda yang agak rumit iaitu cable yang berkaitan dengan exterior casing macam lampu casing, kipas casing, usb slot.Pendek kata kalau payah sangat segala slot semua yang berkaitan telah diterangkan dalam buku manual motherboard.. so anda diibaratkan macam main LEGO atau GUNDAM. Follow saja step by step slot mana nak cucuk dan sebagainya huhu.Melainkan lah kalo ada beli motherboard 2nd hand manual dah hilang haa tu kena meraban sikit la jika anda takdak basic pasang cpu motherboards huhu.

So aku belum lagi fully utilized cpu aku ni… rendering pun belum test.. game pun belum test.. aku baru sahaja settle installed software-software penting dan masukkan data berkaitan untuk official kerja aku.Belum berkesempatan nampaknya nak test drive 3D card dan aktviti rendering huhu.. weekend ni kot aku try hehe.. Apa-apa pun di bawah ni specs lengkap PC desktop aku huhuhu..

CPU desktop specs

3D card rujuk gambar kat atas

Screen : Dual screen samsung LCD/LED monitor

Nanti aku upload workstation aku hehe.. belum siap susun atur.

 

 

Facebook comments: